jump to navigation

Cerpen : Anugerah 24 September, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
1 comment so far

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. “Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

“Laila.” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu.”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. “Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana.” “Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..” “Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya. “Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. “Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. “Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. “Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. “Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.” “Abang tak suka tengok papa marah-marah. .” “Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. “Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.” Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. “Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. “Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk. “Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.” Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. “Laila.” “Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Marlina. Staff yang masih muda dan bujang. “Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.” “Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk “Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. “Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. “Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.


“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Malek: Pengalaman ngeri sebagai tahanan ISA 23 September, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
7 comments

Oleh Malaysiakini

Abdul Malek Hussin, bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), tidak akan dapat melupakan buat selama-lamanya peristiwa buruk yang telah berlaku ke atas dirinya sembilan tahun yang lalu.

Abdul Malek, 51, telah menang dalam samannya terhadap kerajaan kerana menangkap dan menyeksanya pada tahun 1998. Mahkamah juga menganugerahkan gantirugi RM2.5 juta kepadanya. Beliau memfailkan saman tersebut pada Mac 1999, terhadap anggota cawangan khas, Borhan Daud; Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.

Abdul Malek yang juga pengerusi badan pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil Malaysia (Mafrel) ditahan di bawah ISA sembilan tahun yang lalu. Beliau menceritakan kepada Malaysiakini setiap saat pahit yang dilaluinya sewatku menjadi tahanan ISA.

Berikut adalah petikan temubual beliau dengan Malaysiakini:

Sudah sembilan tahun berlalu, bolehkah anda menceritakan apa yang berlaku, apakah yang telah mereka lakukan terhadap anda, dan perasaan anda ketika itu?

Apabila (bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipecat oleh kerajaan kerana dituduh terbabit dalam aktiviti tidak bermoral, maka ramai rakyat yang tidak puashati dengan ketidakadilan (penangkapan Anwiar), dan sebagai seorang rakyat, saya menyokong pejuangan untuk menegakkan keadilan untuk Anwar. Saya adalah antara mereka yang tidak senang dengan cara kerajaan pimpinan Dr Mahathir mengguna dan menyalahgunakan kuasa ketika itu, untuk memecat Anwar dan saya mengambil keputusan untuk menunjukkan sokongan (kepada Anwar).

Saya terbabit dalam gerakan reformasi sejak hari pertamanya lagi pada 4 September 1998. Selepas penangkapan Anwar, saya telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran untuk menuntut pembebasan Anwar dan peletakan jawatan Dr Mahathir dan Ketua Polis Negara ketika itu, Abdul Rahim Noor. Saya kemudiannya mengetuai perhimpunan di Masjid Negara pada 25 September, lima hari selepas Anwar ditangkap.

Saya ditangkap di rumah saya di Ampang pada kira-kira jam 10-11 malam. Saya pulang (ke rumah) dengan menaiki kereta yang dipandu oleh seorang rakan. Dia menurunkan saya kira-kira 200 meter dari rumah saya dan polis menangkap saya ketika saya berada di pintu pagar. Saya digari dan dipaksa membuka pintu pagar rumah saya oleh pasukan polis yang diketuai oleh ASP Borhan Daud.

Mula-mula dia memaksa saya membuka (pintu rumah) dan tentunya saya bertanya, “Mengapa saya digari?” dan dia berkata, saya ditahan di bawah ISA. Saya kemudiannya bertanya, “Mengapa anda perlu menggari tangan saya?” dan saya bertanya kepadanya “Apakah sebab saya ditahan”, (dan dia berkata) “ISA” dan dia menjawab seperti robot, semuanya adalah (di bawah) ISA. Dia kemudiannya berkata, dia mahu menggeledah rumah saya, dan saya bertanya mana warannya. Malah, saya bertanya waran untuk menangkap saya di bawah ISA. Dia berkata, ianya tidak perlu dan saya bertanya kepadanya mengapa, dan dia berkata, ISA, dan dia berkata, saya sepatutnya tahu.

Dia mahu menggeledah rumah saya dan saya bertanya di mana warannya, dan sekali lagi, dia berkata, ianya tidak perlu dan saya bertanya kepadanya mengapa dan dia berkata ISA. Saya memanggil anak-anak saya dan keluarga saya membuka pintu dan anggota polis masuk dengan memakai kasut, terus ke tingkat bawah dan tingkat atas rumah saya. Mereka kemudiannya masuk ke bilik mentelaah saya, serta menggeledah dan memeriksa semua dokumen saya. Mereka kemudian masuk ke bilik tidur saya di mana isteri dan anak-anak saya sedang tidur. Isteri saya terkejut dan bertanya kepada saya apa yang berlaku dan saya menunjukkan kepadanya (tangan yang bergari) dan apabila dia bertanya mengapa, saya menjawab “ISA”.

Kemudian, mereka merampas beberapa dokumen dan mereka juga merakamkan dokumen-dokumen tersebut. Selepas 40 minit berada di dalam rumah saya, mereka mengarah saya mengikut mereka. Mereka kemudiannya bertanya di mana kereta saya. Borhan memaksa saya menunjukkan kepadanya di mana kereta saya dan saya berkata, saya dihantar pulang oleh seorang rakan dan saya turun kira-kira 200 meter (dari rumah). Saya menunjukkan kepada Borhan tempat saya turun dari kereta. Rakan saya sudah beredar dari situ. (Borhan) naik marah dengan jawapan saya sehingga dia bertindak menampar saya di situ juga dan sakitnya dapat dirasai hingga ke hari ini. Saya rasa saya telah kehilangan lebih 40-50 peratus deria pendengaran di telinga kiri saya. Apabila mahkamah diberitahu mengenai perkara itu, Borhan menafikannya.

Selepas itu, dia memaksa saya masuk ke dalam kereta, bukan kereta polis, ia kereta biasa. Saya diarah memakai (kacamata) tertentu bervisi kelabu, tetapi kemudiannya saya menyedari bingkai di sini (sebelah kiri) telah patah dan saya memberitahu mereka yang ianya telah patah dan mereka mengarahkan saya (menanggalkan) kacamata saya dan salah seorang pegawai (membuka) baju-t hitam yang dipakainya dan menyerkupnya menutup kepala saya. Anda bayangkanlah bau baju t-shirt itu yang agaknya telah dipakainya sejak pagi hingga tengah malam. Ia amat busuk dan mereka memaksa saya masuk ke dalam kereta. Saya melutut dan diarah supaya tidak melihat ke mana-mana kerana mereka tidak mahu saya tahu ke mana mereka membawa saya.

Kemudiannya mereka membawa saya pergi dari situ dan kira-kira beberapa minit kemudiannya, kereta tersebut berhenti. Saya tidak tahu di mana. Mereka kemudiannya membawa saya naik anak tangga sebuah bangunan yang kemudiannya saya mendapat tahu (Ibupejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur). Mereka membawa saya ke sebuah bilik dan saya diarah menandatangani (sekeping) kertas yang disediakan oleh Borhan yang menyatakan bahawa saya ditahan di bawah ISA, jadi Borhan adalah pegawai yang melakukan tangkapan.

Selepas itu mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian – menanggalkan baju dan seluar saya. Saya ingat ok kerana saya tahu tahanan ISA akan diberi pakaian tahanan khas (iaitu) berwarna biru. Jadi saya ingat saya akan diberi pakaian tersebut. (Selepas) saya menanggalkan kesemua pakaian, tiba-tiba seorang pegawai menggari tangan saya dari belakang dengan kuat sekali, dan di situ terdapat enam hingga lapan orang pegawai di depan saya dalam sebuah bilik kecil di tingkat satu. Saya digari dan mereka menutup mata saya dengan dua (keping) kain hitam dan saya bingung sepenuhnya. Saya tidak tahu siapakah mereka, jadi saya mengagak mereka semua adalah pegawai yang melakukan tangkapan yang diketuai oleh Borhan.

Kemudian Borhan menendang dan menumbuk saya dan saya boleh dengar suaranya betul-betul di depan saya kerana dia yang menangkap saya dan saya boleh kenal suaranya. Seorang pegawai akan mengambil satu objek keras dan memukul kaki kanan saya, seorang pegawai lagi akan memukul kaki kiri saya dan mereka kemudiannya menumbuk muka saya. Saya kemudiannya kena ‘flying kick’, ’side kick’ dan mereka kemudiannya memaksa saya berdiri.

Sejurus kemudian saya terjatuh dan tidak sedarkan diri untuk pertama kali dan mereka menuangkan air dan memaksa saya berdiri lagi dan saya jatuh pengsan sekali lagi – semuanya sebanyak lima kali. Dan saya juga mengira dengan jari saya berapa kali saya dipukul [...] semuanya 63 kali. Selepas itu saya tidak tahan lagi dan tidak sedarkan diri. Itulah yang dapat saya ingat ketika masih sedar…

cSalah satu pukulan itu amat kuat sekali dan tiba-tiba kain yang menutup mata saya terjatuh dan betul-betul di depan saya adalah (Abdul) Rahim Noor yang memakai sarung (tinju) berwarna merah. Dia memakai (baju) batik Indonesia, berseluar hitam dan kasut berkilat warna perang. Saya masih ingat dan saya menceritakannya secara terperinci di mahkamah. Dan kerana (kain penutup mata) terjatuh, saya terkejut dan dia juga terkejut kerana saya dapat mengenalinya dan dia terus beredar, begitu juga dengan semua pegawai lain yang turut beredar dari situ kerana tidak mahu mereka dikenali. Kemudian mereka pusing saya menghala ke dinding dan sekali lagi menutup mata dan saya terus dibelasah hingga tidak sedarkan diri.

Apabila saya sedar semula, waktunya masih belum jam 4 pagi. Mereka mengarah saya pergi ke bilik lain yang hawa dingin dibuka dengan kuat. Saya masih bertelanjang dan badan saya sakit akibat dipukul. Penghawa dingin itu terletak di tengah-tengah bilik dan setiap beberapa minit mereka mencurah air sejuk ke kepala saya. Dalam keadaan anda telah diseksa dan cedera, dicurahkan pula dengan air sejuk dan saya menggeletar kesejukan. Mereka bertanya sama ada saya sejuk dan saya menjawab iya dan mereka akan mencurah lebih banyak lagi air sehingga kira-kira jam 4.30 pagi. Mereka kemudian berhenti dan tidak lagi bertanya sebarang soalan.

Semasa diseksa mereka, Borhan bertanya kepada saya sama ada saya dahaga dan saya menjawab “tentulah dahaga”. Kemudian secara tiba-tiba seseorang memegang saya dari belakang dan seorang lagi menggunakan jarinya untuk membuka mulut saya seluas-luasnya. Mereka kemudiannya menuang cecair yang rasanya hanyir dan kotor, ke dalam mulut saya. Ia adalah air kencing dan mereka memberitahu saya ia adalah air kencing. Air kencing mereka, bukan air kencing saya. Mereka bergilir-gilir kencing dan secara paksa menuang kira-kira dua tin air kencing mereka.

Bila mereka bertanya sama ada saya lapar atau tidak, saya jawab “Tentulah saya lapar”. Borhan meminta pegawainya menyediakan tahi anjing untuk saya. Ia dekat dengan mulut saya, saya dapat menghidu baunya. Dan dia mengugut saya yang dia akan menggunakan penyuntik yang mengandungi virus HIV dan menyuntiknya ke badan saya kerana saya telah berkata kepadanya “Lebih baik awak bunuh saya. Apa gunanya? Apa yang awak cuba buktikan? Apa yang awak buat di sini? Mengapa awak begitu kejam,” saya bertanya kepada mereka

(Dia berkata) “Oh awak mahu mati, oh jadi kita akan bunuh awak secara perlahan-lahan, kita akan masukkan virus HIV ke badan awak”. Tentulah mereka tidak melakukannya.

Dan kemudiannya selepas kira-kira jam 5 pagi, mereka berhenti membelasah saya. Saya rasa mereka juga keletihan dan pulang ke rumah.

Pada 26 September, pada waktu tengahari, saya dibawa ke Bukit Aman dan dimasukkan ke tempat kurungan dan hanya dapat melihat matahari pada hari ke-28 penahanan saya. Maka, jika anda bertanyakan perasaan saya mengenainya, (ia) sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan. (Polis) bukan manusia. Saya rasa binatang ada rasa belas kasihan. Malah anjing pun kenal tuannya dan tidak menggigit orang lain. Mereka lebih terusk daripada anjing. Jika orang kata mereka adalah anjing kerajaan, saya rasa pada m masa itu, mereka lebih teruk daripada anjing.

Bagaimanakah anda dilayan di sana (di Bukit Aman)?

Saya tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Beberapa hari kemudiannya sebelum hari ke-28 (dalam tahanan) , mereka bertanya sama ada saya mahu berjumpa dengan keluarga saya. Sudah tentulah, sebelum berjumpa dengan keluarga, mereka akan mengatur satu sesi khas supaya saya tidak menceritakan apa-apa tentang apa yang terjadi pada diri saya, supaya tidak membayangkan yang saya telah diseksa dan supaya menunjukkan kepada keluarga saya yang semuanya ok dan supaya meyakinkan keluarga saya supaya (tidak memfailkan) permohonan habeas corpus atau saya tidak akan dibebaskan.

Dan saya memberitahu pegawai penyiasat saya di Bukit Aman bahawa saya telah diseksa di IPK dan saya mahu membuat laporan polis terhadap Borhan, mereka berkata, “Tidak, kamu tidak perlu berbuat demikian – kami telah mengambil tindakan terhadap Borhan”. Sedangkan ianya tidak benar. Saya tidak diberi peluang untuk membuat laporan, tidak diberi peluang untuk bertemu peguam saya, tidak dapat hubungi keluarga dan saya hanya diberi rawatan perubatan beberapa hari kemudiannya di Bukit Aman.

Saya memberitahu doktor dan beliau memeriksa saya dan ia disahkan dalam laporan perubatan mengenai lebam-lebam di kaki kiri, kaki kanan, di bahagian perut dan terdapat kecederaan. Saya mengadu kepada Dr Vasantha Ponniah mengenai apa yang berlaku terhadap diri saya dan beliau telah memberi keterangan di mahkamah mengenai keadaan saya berdasarkan kepada kecederaan pada diri saya.

Metodologi cawangan khas ialah memberi layanan paling keras pada hari pertama sebagai satu ingatan kepada tahanan bahawa mereka akan berdepan dengan keadaan yang lebih teruk lagi sekiranya gagal memberi kerjasama. Ia lebih berbentuk psikologi. Dan sudah tentulah di Bukit Aman, ia telahpun diinstitusi dari segi bagaimana mereka mengendalikan tahanan. Saya dimasukkan ke dalam bilik kurungan seorang diri, tiada cahaya matahari, saya tidak tahu sama ada ianya pagi, saya tidak tahu langsung. Pada hari ke-28, ketika dikunjungi keluarga semasa saya dibawa dari Bukit Aman ke IPM, saya begitu menghargai cahaya matahari, ianya amat indah sekali. Cukup indah.

Bagaimanakan anda disoalsiasat?

Saya disoalsiasat selama 17 hari di tingkat tiga bangunan tersebut. Mereka bertanya soalan dari pagi, tengahari, petang, sehingga malam, dan kadang-kadang hingga lewat malam. Pada satu ketika apabila mereka tidak puas hati dengan apa yang berlaku di luar di mana orang ramai masih berkumpul di Jalan Tuanku Abdul Rahman (dan) di Kampung Baru, mereka tidak senang lalu, memanggil saya lewat malam untuk disoalsiasat hingga awal pagi.

Sewaktu disoalsiasat oleh pegawai Bukit Aman, soalan-soalan yang mereka tanya setiap hari, soalan mengenai gerakan reformasi, mengenai Anwar Ibrahim, hubungannya dengan orang ini dan orang itu. Kemudian Nurul Izzah menemui (Presiden Filipina ketika itu, Joseph) Estrada di Filipina dan (bekas Setiausaha Negara Amerika) Madeline Albright. Saya berada di dalam dan semua itu berlaku di luar sana, dan mereka bertanya mengenai Gerak yang ditubuhkan, dan mengenai pembaharuan politik, mengenai PAS, mengenai sama ada ISA patut dimansuhkan atau tidak.

Saya rasa tidak perlu anda menangkap saya di bawah ISA untuk bertanya soalan-soalan tersebut.

Mereka menafikan saya peralatan yang ada sekiranya mereka dapati saya tidak bekerjasama sepenuhnya. (Mereka akan) mengambil balik tilam atau bantal. Selepas dikunjungi keluarga, mereka bagi tahu saya yang saya hanya akan ditahan selama sebulan dan mereka akan membebaskan saya. (Mereka kata) jika saya tidak diberi perakuan untuk dibebaskan, maka mereka akan melanjutkan tahanan dan ianya berterusan sehingga hari ke-57.

Ada juga hari-hari di mana mereka tidak berbuat apa-apa. Mereka akan menghantar makanan dan pada masa itu, saya mendapat makanan, ia seperti nasi bungkus bersama ikan yang berulat. Itu bermakna, ianya dilakukan dengan sengaja. Maksud saya kami adalah tahanan dan makanan ini sepatutnya disediakan oleh kerajaan dan ini bermakna negara menyediakan makanan busuk kepada saya.

Apa yang berlaku selepas anda dibebaskan?

Saya dibebaskan pada 21 November dan tertakluk kepada pengawasan cawangan khas yang memantau aktiviti-aktiviti saya. Saya perlu melaporkan kepada mereka dan malah mereka mengugut bahawa saya boleh ditangkap semula, saya mesti bekerjasama dengan mereka dan psikologinya ialah mereka mempunyai kuasa untuk menangkap saya semula. Jadi, wujud rasa takut yang saya akan ditangkap semula. Saya mengambil masa yang lama untuk mengembalikan kekuatan dan keberanian untuk membuat laporan polis dan saya membuat keputusan tersebut pada bulan Mac (1999).

vApa yang mempengaruhi saya adalah apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (untuk menyiasat kes mata lebam Anwar) apabila kita membaca mengenai testimoni oleh Dr Vasantha Ponniah. Kemudian saya teringat, “Baiklah, itulah wanita yang merawat saya”. Jadi, saya ingat adalah sedikit bantuan. Saya ingat dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu, akan wujud ruang untuk membuat aduan.

Sejak dari itu, semasa saya disoalbalas di mahkamah, mereka bertanya kepada saya mengapa saya mengambil masa yang begitu lama. Ini bukanlah satu kemalangan jalanraya. Ini adalah sesuatu di mana anda telah diseksa. Anda perlu untuk membina semula keberanian.

Adakah anda takut? Adakah anda pernah berasa seperti telah putus asa?

Saya cuba supaya tidak kelihatan takut walaupun (sebenarnya) saya amat takut sekali. Saya rasa (anggota) cawangan khas berada di mana-mana sahaja. (Saya rasa) terancam tetapi untuk pulih semula, anda perlu berjumpa dengan orang, anda perlu bercakap dengan orang. Lama kelamaan, saya mula menceritakan kepada orang apa yang berlaku ketika dalam tahanan.

Mereka amat terkejut. Kemudian rakan-rakan telah meyakinkan saya untuk bercakap mengenainya dan pada bulan Februari saya menceritakan pengalaman tersebut dalam satu majlis anjuran Gerak (Gerakan Rakyat Malaysia untuk Keadilan) oleh (bekas Presiden PAS) Datuk Fadzil Noor di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada Februari 1999. Saya memperolehi semula keberanian saya. Dan anda perlu faham bahawa anda boleh dituduh membuat laporan palsu. Saya terpaksa menyediakan laporan polis yang panjang dan begitu terperinci serta satu afidavit untuk memfail saman sivil.

Bagaimanapun perasaan keluarga anda mengenai semua itu?

Mereka sudah biasa yang apa saya lakukan. Mereka menyokong aktiviti-aktiviti saya. Malah, isteri dan anak-anak saya sudah tahu mengenai keazaman saya untuk melaporkan aktiviti-aktiviti demi hak rakyat, aktiviti politik dan aktiviti sosial.

http://dupwp.wordpress.com/2007/10/22/malek-pengalaman-ngeri-sebagai-tahanan-isa/

*******************************

my comment

ISA ni mmg zalim. aku dgr dari mulut saudara Sa’ari Sungip, yg penah kena tahan ISA pada 12 okt 1998, yg di paksa ngaku di liwat Anwar, mmg dah macam guantanamo kat US penderaan dia

cth penderaan yg benar2 berlaku pada tahanan ISA (bukan dia je) yg di laporkan kepada SUHAKAM:

-pukul, terajang, sepak, tendang, tumbuk
-ditelanjangkan ( x kira laki ke pompuan, ustaz ke ustazah )
-dibogelkan dlm satu bilik air-cond yg sgt sejuk & di simbah air
-di cucuh badan dgn rokok & di bakar kulit bdn dgn lighter rokok
-suratkhabar yg digulung,dibakar dan ugut di cucuh ke kemaluan
-di hempuk ke dinding
-di suruh merangkak
-merangkak dlm keadaan bogel & angkat kaki belakon spt anjing kencing
-dibogel dan di suruh peluk blok ais hingga cair
-dibogel dan disuruh duduk di atas muncung2 botol yg tajam
-alat yg di import yg mempunyai wayar elektrik & dicucuh ke kemaluan
-jarum di masukkan di bawah kuku
-paku di masukkan di dlm lubang kemaluan lelaki
-saudara Zainuddin (kwn Sa’ari) yg berhadapan dgn 24 org SB
-saudara Anwar Ibrahim – tidak kurang dari 60 pukulan,sepakan,terajang dlm keadaan mata di tutup dgn kain
-di tonggengkan & di liwat belakangnya dgn satu alat getah berkali2
-dibakar janggut
-diludah muka
-disuruh buka mulut dan di ludah dlm mulut & di paksa telan air liur SB tersebut
-didudukkan & di tarik kepala ke belakang & di ugut “ko nak makan taik kucing atau minum air kencing?”-last2, tahanan tu terpaksa membuat pilihan – minum air kencing, 2kali dia teguk. yg ni lebih zalim dari tahanan Iraq yg hanya di kencingkan oleh Amerika
-dan seribu satu macam penyeksaan yg sgt zalim

menurut Sa’ari, x ramai yg nak share benda2 yg di alami masa dlm tahanan ISA kerana masalah maruah dan malu yg amat sgt. dan lagi, yg pertama skali nak dgr mestilah isteri, anak2..jadi apakah mereka sanggup utk mendedahkan perkara2 tersebut di khalayak ramai?mereka x sanggup melihat isteri menangung penderitaan suami yg didera camtu.

so jgn terkejut kat malaysia ni ade org melayu, islam tapi perangai sgt keji, hodoh, akhlak seolah2 tidak ada Tuhan yg ckpnye mencarut,maki,tengking,fitnah dsb..

sume2 ni aku amik dari ape yg dia ceritakan oleh saudara Sa’ari dalam satu ceramah yg juga di hadiri Tuan Guru Nik Aziz di Pengkalan Chepa, Kelantan.aku ade cd ceramah ni, size 700MB. Ceramah TGNA lepas tu pun nampak yg dia agak marah dgn kezaliman ISA

Lompat parti – siapa yang ajar? 21 September, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

Dilulus terbit pada Sunday, September 21 @ 19:30:00 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh Perdana V6

 Umno nampaknya kian resah dengan rancangan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambil alih kuasa pemerintahan di peringkat persekutuan yang dijangka berlaku pada 16 September 2008 apabila Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat ke PR.

Ramai pemimpin-pemimpin Umno yang mengutuk tindakan PR khususnya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kononnya melakukan sesuatu yang tidak demokratik, memerintah melalui pintu belakang dan sebagainya.

Tapi lupakah pemimpin-pemimpin Umno/BN siapa yang mengajar melakukan perkara-perkara ini? Lupakah Umno/BN atau buat-buat lupa tindakan mereka membeli ADUN-ADUN PAS semasa memerintah Negeri Terengganu tahun 1960-an sehingga tumbangnya kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar ketika itu, Daud Samad? Adakah itu satu tindakan yang demokratik pada pandangan pemimpin Umno?.

Lupakah pemimpin Umno semasa Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Pasir Kelantan tahun 2005 yang lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Anuar Musa (sekarang Tan Sri) telah menawarkan secara terbuka kepada ADUN-ADUN PAS yang bersedia melompat parti dijanjikan dengan jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Speaker DUN Kelantan dan EXCO Kelantan.

Jika pemimpin umno sudah terlupa tawaran yang dibuat oleh umno, kita lihat laporan sebuah akhbar bertarikh 26 November 2005 yang menyiarkan tawaran yang dilakukan oleh Anuar Musa yang ketika itu sangat ghairah untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz Nik Mat :

Umno tawar jawatan kepada Adun Pas

PASIR MAS: Umno Kelantan bersedia menawarkan jawatan Timbalan Menteri Besar kepada mana-mana wakil rakyat Pas yang pertama ‘menyeberang’ dan menyertai Barisan Nasional (BN), jika BN menang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir.

Wakil rakyat kedua yang ‘menyeberang’ dan menyertai BN pula ditawarkan jawatan Timbalan Speaker, manakala wakil rakyat ketiga hingga ketujuh yang mengambil tindakan sama ditawarkan jawatan Exco.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa, berkata BN berbuat demikian untuk faedah rakyat Kelantan, demi mengubah kehidupan mereka yang kini serba ketinggalan.

Dengan seorang daripada wakil rakyat perlu dilantik menjadi Speaker katanya, kedudukan di dalam DUN Kelantan akan menjadi seri 22-22.

“Selepas itu, siapa wakil rakyat Pas menjadi orang pertama hingga ke tujuh menyeberang kita tawarkan jawatan itu.

“Tetapi rasanya ini tidak akan berlaku kerana Pas tidak akan berani mengambil risiko dan menunggu sehingga wakil rakyatnya menyeberang. Lagipun jika ada wakil rakyat Pas yang uzur dan tidak boleh hadir sidang DUN, wakil rakyat BN boleh mengemukakan undi tidak percaya dan jatuhlah kerajaan negeri.

“Walaupun Datuk Nik Aziz kata ada kelebihan setengah kerusi pun beliau tidak akan bubar dewan, tapi saya percaya sebagai orang politik beliau tidak akan berani mengambil risiko,” katanya berucap pada majlis mesra rakyat bersama penduduk Banggol Ara di sini, semalam.

Justeru, kata beliau, jika penduduk Kelantan mahukan perubahan, maka pilihan raya kecil kali ini adalah faktor penentu ke arah itu dan mereka perlu memastikan kemenangan calon BN.

Annuar berkata, selepas 15 tahun pembangkang memerintah Kelantan keadaan taraf hidup penduduknya masih jauh dan sekarang ada 19,000 keluarga miskin dengan 13,000 daripadanya ditakrif golongan termiskin berpendapatan kurang RM250 sebulan, selain kadar pengangguran di kalangan siswazah seramai 25,000 orang.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20051125235306/Article/

Dengan terang-terang Anuar Musa menawarkan pelbagai jawatan kepada mana-mana ADUN PAS yang bersedia melompat parti, turut disiarkan ialah taktik kotor yang dirancang oleh Anuar Musa untuk menumbangkan kerajaan negeri Kelantan melalui undi tidak percaya di dalam siding DUN Kelantan.

Bagaimana penilaian pemimpin-pemimpin Umno/BN dalam hal ini? Kenapa tidak ada pemimpin-pemimpin umno yang mengkritik tindakan Anuar Musa itu?

Kita imbas pula pengalaman yang dilalui oleh Kerajaan Negeri Kelantan dibawah kepimpinan YAB Tuan Guru Nik Aziz ketika berhadapan dengan suasana pemerintahan ketika itu yang hanya mempunyai kelebihan hanya 1 undi, ditambah pula dengan perancangan jahat daripada Umno/ BN yang dikepalai oleh Anuar Musa.

Adakah Tuan Guru Nik Aziz atau kelab penyokong Kerajaan Kelantan, membawa keluar Negara ADUN-ADUN PAS seperti yang dilakukan oleh BN BBC semata-mata untuk mengelakkan Ahli-ahli Parlimen mereka melompat kepada PR pada tarikh 16 September 2008?

Kita boleh saksikan sekarang betapa penakutnya Umno dalam menghadapi suasana politik sekarang walaupun Pak Lah masih mendabik dada kononnya mendapat mandate yang besar dalam PRU yang lepas tetapi hakikatnya Pak Lah sangat gentar dengan Susana politik sekarang, berbeza dengan sikap PAS khusunya Tuan Guru Nik Aziz, walaupun mereka memerintah dengan kelebihan hanya 1 kerusi ketika itu.

Apa yang boleh disimpulkan sekarang ialah, Umno merupakan pemimpin yang hipokrit kerana bercakap tak serupa bikin dan pemimpin-pemimpinnya kini takut dengan baying-bayang sendiri

Perdana V6

Memali – 19 November 1985 20 September, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=15368&postdays=0&postorder=asc&highlight=mangsa+memali&start=0

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32315&postdays=0&postorder=asc&start=0

http://www.al-fikrah.net/News/print/sid=22.html

http://www.ladang.net.my/t1/index.php?option=com_content&task=view&id=141&Itemid=9

Contohi cara Giant jual arak 20 September, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

Dilulus terbit pada Saturday, September 20 @ 19:05:05 MYT oleh SongkokPutih
Analisis Isu Oleh rozmal

 Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini , setiap penganut agama mempunyai hak mereka sendiri. Mereka yang bukan Islam mempunyai hak untuk makan dan minum perkara-perkara yang tidak dibenarkan keatas umat Islam , antaranya arak. Dan umat Islam pula mempunyai hak agar mereka dihormati dalam perkara pengendalian arak.

Dalam perkara ini Pasaraya Giant di Senawang harus diberi pujian dalam cara mereka mengendalikan penjualan arak. Walaupun sebelum ini beberapa teguran telah diberikan secara tidak langsung dalam penjualan arak dan penggunaan troli yang mempromosikan arak , namun pihak Pasaraya Giant pada ketika ini telah banyak melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka.

Penjualan arak di sini dilakukan di satu sudut yang agak tertutup dan terpampang dengan jelas papantanda yang menyatakan bahawa penjualan arak kepada umat Islam adalah merupakan satu kesalahan. Lebih menarik lagi kaunter penjualan arak di sini dikendalikan oleh orang yang bukan Islam.

Alangkah indahnya , sekiranya semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam mencontohi cara Pasaraya Giant menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja , menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan ?

Doa qunut tarawih ramadhan 1422H shaikh muhamad al mohaisany 20 September, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

telah ditangkap oleh rejim arab saudi setelah doa tersebut selesai dibaca

Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.

Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman “Faajirin”, Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan.

Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan … Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran … Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.

Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.

(berhenti 30 saat) Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,

Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: “Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu”, Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami,

Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, … Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.

Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.

Amin Ya Rabbal ‘alamin!

isu bersalam 19 September, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

http://presiden.pas.org.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=69
http://presiden.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=69&Itemid=67
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12749&Itemid=50
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12823&Itemid=28
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=6983

Di mana pelakon-pelakon konspirasi LIWAT 1998? 4 September, 2008

Posted by ahmadmum in Anwar Ibrahim.
Tags: , ,
1 comment so far

Dr. Munawar Anees. Beliau adalah penulis ucapan Anwar satu ketika dahulu. Beliau adalah warga Pakistan dan menetap di Amerika. Isterinya seorang warga Algeria yang mendapat kerakyatan Peranchis. Anees telah ditangkap dan dituduh oleh polis membiarkan dirinya diliwat oleh DSAI.

Dr. Anees berusia 51 tahun ketika itu. Untuk megadakan bukti, dubur Anees telah dijolok dan digerudi dengan belantan polis sebagai bukti dia telah diliwat. Hasilnya dia mengalami trauma dan hampir maut di hospital. Tekanan dunia luar membolehkan Anees dibebaskan untuk mendapat rawatan di Amerika.

Apabila beliau dibebaskan Dr. Anees telah menjelajah bandaraya besar merata dunia dan menulis di makalah tersohor dunia mengenai kes liwat yang telah dituduh ke atasnya. Pertubuhan Islam sedunia di merata tempat telah menyiarkan tulisan Anees yang mengatakan betapa TKT Mahathir telah menggunakan seluruh institusi kerajaan untuk mengaib, menyiksa dan memenjarakan Anwar Ibrahim.

Kesan usaha Anees yang gigih itu menjadikan dunia sedar betapa azabnya yang telah ditimpa ke atas DSAI. Yang lebih penting lagi, dunia terkejut beruk mengetahui di sebalik retorik dan cakap celupar terhadap barat, dia sebenarnya adalah seorang diktator di negara sendiri. Hingga ke hari ini Anwar menerima pelbagai tawaran daripada ketua negara luar, sedangkan Mahathir dicemuh dan dibiarkan hidup merempat di negara sendiri laksana seekor anjing kurap sahaja.

Kini Mahathir menanti penuh debar hasil Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh. Dia tidak mahu DSAI menang kerana dia tahu kalau DSAI menang, kemungkinan besar kerajaan pusat akan bertukar tangan, dan masa depan TKT Mahathir akan tergugat. Saya fikir perkara pertama yang harus dilakukan DSAI apabila memegang kuasa kerajaan pusat ialah menutup Yayasan Perdana yang kini menjadi sarang propaganda Mahathir di mana semua pegawainya adalah bekas pembodek beliau dalam kerajaan dahulu dan kini menerima gaji lumayan yang berlipat kali ganda. Saya sudah lama mencadangkan ditutup sahaja Yayasan Perdana itu. Kalau Mahathir mahu menulis biarlah dia menulis di rumah kediamannya dan kalau dia mahukan pembantu bolehlah diberikan sedikit gratuiti kepada mereka.

tengku Adnan Mansur. Dia ini kini masih menjadi Anggota Parlimen. Satu ketika dahulu dia adalah Setiausaha Kerja UMNO semasa kerja-kerja menyelitkan buku dalil itu dilaksanakan. Pangkat diraja yang digunakannya itu adalah melalui proses mahkamah setelah dia meyakinkan mahkamah bahawa dia dan ayahnya adalah berketurunan Sultan Melaka. Mujur juga TKT Mahathir sudah hilang kuasa. Mana tahu kalau masih berkuasa dia tabalkan Adnan menjadi Sultan Melaka? Kalau Mahathir masih berkuasa mungkin juga seorang anak mamak yang ada Shah pada namanya dan menjadi seorang Naib Canselor sebuah universiti membuat pengakuan mahkamah yang dia juga berketurunan raja Melaka. Tetapi kalau dilihat pada peranannya memesongkan pelajar Melayu di universiti beliau itu, saya fikir dia ini adalah berketurunan Bendahara Mandaliar Melaka.

Sabaruddin Chik. Dia menjadi Setiausaha Agung UMNO yang paling lemah kuasanya. Kerana itu Adnan Mansor boleh menunjukkan kukunya. Kini Sabaruddin Chik disebut-sebut selalu berehat di sebelah mesin dialisis di rumahnya.

Azizan Abu Bakar. Bekas pemandu DSW Azizah, isteri kepada DSAI. Beliau kononnya telah diliwat oleh DSAI di Tivoli Villa semasa apartment itu belum siap lagi. Yang anehnya doktor yang memeriksa dubur Azizan tidak dapat sebarang kesan dubur itu telah dijolok oleh benda keras. Malahan Azizan sendiri sebanyak tiga kali mengaku dia tidak pernah diliwat oleh DSAI.

Hasil kes ini Azizan diberikan jawatan pengarah syarikat dengan kereta mewah sekali. Yang bagusnya dengan Azizan, dia sanggup diheret ke mahkamah dan setiap hari melihat polis mengusung satu tilam tebal yang kononnya digunakan oleh DSAI semasa meliwatnya. Tup-tup dia telah disoal oleh Ketua Peguambela Almarhum Rizal Fernando apakah dia pernah diliwat oleh DSAI? Dia jawab tidak pernah. Soalan itu dikemukakan sebanyak tiga kali dan sebanyak itu juga dia menjawab tidak pernah.

Sepatutnya jawapan Azizan itu sudah cukup bukti untuk mahkamah menutup bicara dan mengisytiharkan kes itu sebagai “No Case”. Selain jawapan Azizan yang menafikan dirinya diliwat, terlalu banyak lagi bahan-bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa dapat disanggah dan diperlekeh oleh pihak peguambela.

Augustine Paul. Hakim yang mendengar bicara itu tidak mahu menolak pendakwaan tersebut. Malahan dia tetap dengan kata-kata “Not relevan” setiap kali pihak peguambela mengemukakan hujah. Di manakah Augustine Paul sekarang?
Dia yang dikenali sebagai Hakim Hacks khabarnya telah menerima arahan untuk mengadili kes DSAI dan menjatuhkan hukuman sebagai balasan ucap terima kasih kepada kerajaan (polis) yang membebaskan anaknya daripada hukuman tali gantung kerana terlibat dengan pengedaran dadah.

Anak itu dibenarkan ke luar negara dan menetap di sana. Kerana itu setiap kali tercetus masalah dalam mahkamah, Hakim Hacks menangguhkan perbicaraan untuk membuat rujukan kepada Perancang Agung Konspirasi itu yang bernama Dr. Mahathir. (Itu sebab saya berikan gelaran TKT pada beliau semasa dia memaksa kerajaan penganugerahan gelaran Tun pada diri dan isterinya. Dia tahu kalau dia sudah tidak berkuasa gelaran itu mungkin terlepas daripada genggamannya)
Rafidah Aziz. Dia ini adalah Ketua Wanita UMNO. Dia mungkin tidak terlibat secara langsung dengan usaha menjatuhkan DSAI. Tetapi sebagai Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa satu ketika dahulu, Rafidah banyak menghabiskan masa di luar negara daripada di negara sendiri. Sebagai Ketua Wanita UMNO dia mempunyai pilihan menenangkan pengikutnya agar tidak membuat andaian apabila DSAI ditangkap, dibalun di Bukit Aman sedangkan tangannya digari di bahagian belakang. Dia tahu berita bagaimana Anwar telah ditangkap oleh sepasukan polis gerak khas dan dibawa lari ke Bukit Aman. Di sana Anwar telah dilanyak hingga lumat oleh Rahim Noor sehingga lebam matanya dan dibiarkan berbogel di atas bangku simen sehingga keesokan paginya.

Keadaan DSAI adalah laksana nyawa-nyawa ikan sahaja apabila seorang doktor berbangsa India (Dr. Vasantha) diarahkan melihat keadaan beliau. Perbuatan ke atas DSAI ternyata dibuat oleh manusia berhati binatang, kata doktor itu dan dia tetap dengan pendirian itu di mahkamah walaupun ada beberapa pujukan agar dia memberi kenyataan yang menyenangkan pihak kerajaan.

Sebagai Ketua Wanita UMNO dan Menteri kabinet yang sentiasa berlegar di luar negara Rafidah punya peluang memberitahu dunia biarlah jangan dikomen kisah DSAI dengan mata lebamnya. Tetapi apakah jawapan beliau apabila ditanya soalan yang sama dahulu? Dia jawab DSAI mungkin melakukan lebam itu secara sengaja dan berkemungkinan membengkamnya dengan gelas. Dia cuba menjadi bijak setakuk lagi daripada ketuanya Mahathir yang berkata mata lebam DSAI “adalah bikinan sendiri dengan menghantuk kepalanya di dinding.

Kalau kita dengar kenyataan Dr. Vasantha di mahkamah memang jelas bahawa tujuan sebenar melanyak DSAI sebegitu kejam adalah semacam satu tindakan melepaskan geram kerana DSAI tidak mati terbunuh semasa beliau diserang di rumah kediamannya di Setiabudi oleh sepasukan gerak khas dan penembak tepat.

Mengikut siasatan peribadi selama ini saya dapat kumpulkan fakta bahawa pada malam DSAI ditangkap kerana tuduhan liwat itu, beliau sepatutnya menemui ajal. Ada anggota tertentu pasukan gerak khas itu yang diberi arahan apabila berlaku kekecohan dan huru-hara dan lampu dipadam dia mesti melepaskan tembakan ke arah DSAI agar beliau terbunuh. (Kerana itu setiap anggota gerak gempur itu telah dilengkapi dengan ‘night vision goggles’).

Mujur Anwar sudah bersedia menerima kedatangan mereka walaupun mereka masuk melalui pintu secara paksa. Keadaan tenang dan membolehkan Anwar naik menukar baju untuk di bawa keluar oleh dua orang inspektor polis bernama X Bin Mohd Nasir dan Inspektor Shukri. Inspektor X bin Mohd Nasir berasal daripada Melaka dan ayahnya Pesara Polis Singapura; Staf Sarjan Mohd Nasir Kuwantung. Dia pernah dibuang daerah (ke Port Dickson) oleh Lee Kuan Yew kerana difitnah mengumpul senjata di Masjid Sultan Singapura untuk menggulingkan kerajaan Lee Kuan Yew.

Kini Inspektor X Mohd Nasir bertugas sebagai pengawal khas kepada YDPAgong. Anwar kenal pegawai ini dan dia pernah menjadi pengawal peribadi beliau. Kalaulah tidak waras akalnya, Anwar sudah lama menjadi arwah.

Malahan kalau kita ingatkan balik kisah mata lebam itu, pada tahap awalannya Rahim Noor berkata Anwar berada dalam keadaan selamat. Hanya apabila Anwar dikemukakan di mahkamah barulah kita tahu bahawa dia telah dibaham oleh Rahim Noor. Itupun setelah ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Khas Siasatan DiRaja bagi menyiasat kejadian. Barulah kita tahu kalau tidak kerana SAC Ramly Yusof, Rahim Noor sudah melanyak Anwar sehingga mati.

Kini SAC Ramly berada dalam tahanan gara-gara tuduhan rasuah, sedangkan beliau satu ketika dahulu adalah Ketua kepada Musa Hassan dan sepatutnya menjadi pegawai yang menggantikan tempat Rahim Noor. Demikianlah busuknya kerja-kerja TKT Mahathir yang semakin terdedah ke hari ini.

Kisah mata lebam Anwar yang disusuli dengan dakwaan dia melakukan kerja meliwat ke atas beberapa orang yang rapat dengannya, adalah kemuncak kepada pelbagai usaha musuh Anwar mahu membunuhnya. Mengikut catatan, terdapat lebih enam kali usaha membunuh beliau.

Ini melibatkan (antara lainnya) sebuah helikopter tentera yang meletup di udara dalam perjalanan mengambil beliau. Sebuah lagi helikopter milik Pengerusi HICOM, telah meletup di udara pada malam hari ketika Tan Sri Yahya Ahmad dan isteri beliau terbang pulang ke Terengganu untuk menziarahi ibunya yang baru meninggal. Pesawat itu sepatutnya akan digunakan oleh beliau bersama Anwar pada keesokan harinya. Jelas, bom jangka sudah terpasang siap menunggukan pesawat itu terbang dan meledak di angkasa. Sayangnya ia mengorbankan orang lain. Yang peliknya dalam episod ini Dr. Siti Hasmah yang menjadi isteri Perdana Menteri ketika itu tidak pernah mahu diri dan suaminya diterbangkan dengan helikopter walaupun kerajaan menyediakan sebuah helikopter khas untuk kegunaan mereka.

Bekas Ketua Polis Negara A Rahim Noor. Dia merupakan orang kuat Mahathir satu ketika dahulu. Dia amat setia kepada Mahathir sehinggakan ada kalanya lagaknya itu adalah lebih hebat daripada tuannya. Dialah yang melumpuhkan Pertubuhan Al-Arqam, sebuah pertubuhan Islam yang dikatakan terpesong sedikit akidahnya. Tetapi apakah bezanya kepesongan akidah Al-Arqam dengan Islam Hadhari? Semasa disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja terhadap perbuatan aibnya terhadap Anwar, Rahim berkata bahawa dia memukul Anwar sebab Anwar memanggilnya anjing. Anwar menafikan dia pernah berkata demikian. Malahan SAC Ramli pernah berkata kepada kawan-kawannya bahawa Anwar tidak berkata apa-apa.

Saya pernah mengenali Rahim Noor secara peribadi satu ketika dahulu dan kalau ditanya anggota polis bawahan mereka memang menyayangi Rahim Noor. Dia prihatin dengan penderitaan anggota polis bawahannya.

Tetapi dia banyak berdosa dengan orang Melayu dan Islam. Perbuatannya mengharamkan Al-Arqam bukan sahaja menumpulkan pengaruh Abuya Azahari tetapi sekali gus melumpuhkan seluruh rangkaian pasaran dan eceren Melayu dan Islam.

Rahim Noor menjadi mangsa mainan segelintir ulama di sekeliling Mahathir kerana ulama ini berlumba-lumba antara satu dengan lain menonjolkan bahawa merekalah jaguh Islam.

Kini Rahim Nor sudah berubah. Dia lumpuh di sebelah tangannya. Itulah tangan yang membaham Anwar Ibrahim. Dia kerap memberitahu pegawai polis yang muda-muda apa yang ditanggungnya adalah kerana mencampur-adukkan tugasnya dengan politik. Sehebat Rahim Nor dia tidak mampu menumpaskan pujuk rayu dan ugutan TKT Mahathir.

TKT Mahathir. Inilah bapak segala Konspirator di Malaysia di zaman dia mencengkam kuasa. Sesiapa pun tidak berani melanggar cakap dia. Mereka yang berani berbuat demikian telah menghadapi kesukaran dalam hidup. Contohnya, Tun Salleh Abas yang telah dipecat daripada jawatannya sebagai Ketua Hakim Negara. Tetapi, Salleh Abas akhirnya menjadi Exco Kerajaan PAS Terengganu. Baru-baru ini kerajaan Paklah telah meminta maaf dan membayar balik segala pampasan yang patut diterimanya. TKT Mahathir melihat segala proses pemulihan itu dengan terkulat-kulat sahaja.

Orang putih kata TKT Mahathir “is a pathological liar”. Maknanya dia adalah seorang pembohong besar semulajadi. Membohong adalah satu perbuatan yang amat mudah dilakukannya. Itulah yang dilakukannya satu ketika dahulu dengan surat layang yang disebarkan merata negara untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman. Almarhum Tunku pernah memberitahu saya dalam pertemuan peribadi di Alor Star pada tahun 1970 bahawa negara ini akan jahanam “kalau Mahathir dapat menjadi Perdana Menteri.” Ternyata ramalan Tunku itu tidak lari daripada tajuknya.

Sepanjang beliau mencengkam kuasa, TKT Mahathir telah memperibadikan semua institusi kerajaan. Malahan dia cuba memanipulasi Majlis Raja-raja dengan meminta izin majlis itu mengharamkan perkataan ISLAM dalam pertubuhan parti politik. Mujur Majlis Raja-raja enggan akur dengan kehendaknya.

TKT Mahathir naik mencengkam kuasa gara-gara sistem politik di negara ini. Sebagai seorang Presiden parti UMNO dia naik secara automatis menjadi Perdana Menteri. Untuk menjadi seorang Presiden UMNO dia menunggu pilihan majoriti antara 2,000 ahli perwakilan yang datang berkumpul di PWTC. Dia menang tanpa bertanding kerana sistem tipu muslihat yang direncana semasa pencalonan di pihak bahagian lagi.

Untuk menjamin cengkaman kuasanya tetap di tangan dia telah memanipulasi sistem kehakiman dan pengadilan. Yang anehnya putar-belit kehakiman adalah mengikut acuan seorang peguam bernama Dato’ VK Lingam. Ini adalah seorang penyamun besar yang merupakan peguam kepada Tan Sri Vincent Tan. Dialah yang mengatur percutian ke luar negara Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin.

Saya pernah menulis agar kerajaan menggugurkan gelaran itu daripadanya kerana dia telah menipu dengan berkata di tahap awalan yang dia terjumpa Lingam secara terserempak di tempat menaiki pesawat ke New Zealand. Siasatan yang dibuat oleh pasukan risikan bebas bagi pihak Mendiang M.G.G. Pillai mendedahkan bahawa tiket yang dibelinya adalah sama siri dengan tiket yang dibeli oleh Lingam.

Kira-kira enam bulan yang lalu, nama Lingam kecoh lagi apabila pita rakaman video dia sedang berbual di telefon dengan seorang Ketua Hakim Negara mengenai nama-nama hakim yang perlu dinaikkan pangkat di Malaysia didedahkan kepada umum.

Dalam perbualan telefon yang dirakamkan itu, Lingam telah menyebut dengan jelas pembabitan tengku Adnan Mansur yang boleh mengatur temujanji antara Ketua Hakim Negara dengan Perdana Menteri. Pada mulanya Lingam tidak mengaku yang dia sedang bercakap dengan Ketua Hakim Negara ketika dirakam perbualan itu.

Apabila dilakukan siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja, barulah sah identiti sebenarnya. Memang benar dia sedang berbual dengan Ketua Hakim Negara untuk mencadangkan siapa yang patut dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi. Namun Lingam berkata: “Orang dalam video itu memang seiras wajah saya tetapi bukan saya,” Walaupun suara orang yang menyebut ‘correct, correct, correct’ jelas menyerupai suaranya, Lingam masih mengelak dengan mengatakan “Suara macam saya…”. Jelas Lingam pandai bermuslihat kerana dia sudah lama belajar daripada sifunya TKT Mahathir.

Oleh kerana kerakusan, TKT Mahathir telah berbuat apa yang dia suka dengan wang perolehan Petronas. Petronas yang sepatutnya bernaung di bawah Parlimen telah dimilik-peribadikannya dan segala pembaziran telah dibuat untuk membina Menara Berkembar Petronas. Dia juga telah membina litar lumba Sepang dengan belanja lebih lima ratus juta Ringgit.

Saya pernah menentang pembaziran ini kerana tanah tapak Menara Berkembar itu dahulunya adalah milik kerajaan yang dijual kepada rakan karibnya Ananda Krishnan. Beberapa bulan kemudian Ananda Krishnan telah menjualkan semula tapak itu kepada kerajaan Malaysia dengan harga berlipat kali ganda, sekali gus mendapat faedah yang amat besar.

Orang yang rapat dengan Mahathir pernah memberitahu saya, tidak ada satu projek mega di Malaysia ini dapat dibina tanpa Mahathir menerima habuannya. Berapakah habuannya? Dua persen? Lima persen ataupun Sepuluh persen? Kawan saya berkata Mahathir tidak main dengan sepuluh persen. Khabarnya Mahathir ambil komisen dan peratusan saham dalam syarikat yang diberikan kontrak projek mega.

Kalau kita ambil kira masa yang begitu lama Mahathir menjadi Perdana Menteri tentu dia mampu mengumpulkan harta menjadi Melayu yang terkaya di dunia! Kawan saya kata tidak begitu. Mahathir adalah Melayu yang kedua terkaya di dunia. Yang paling kaya ialah Tun Daim Zainuddin kerana dia telah gunakan duit UMNO dan melaburkannya di luar negara. Mahathir dan Daim renggang persahabatan apabila Daim enggan membawa pulang duit UMNO di seberang laut. Ini bermakna kalau Daim mati esok ataupun lusa semua duit orang Melayu yang disimpan oleh UMNO akan lenyap begitu sahaja. .

(diolah dari sumber http://aim9093.blogspot.com)

Kelantan Tak Maju ??? 3 September, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

TGNA Menerajui Perubahan…
Dilulus terbit pada Wednesday, September 03 @ 19:06:18 MYT oleh greenboc
Coretan @ Luahan Oleh messoul

a
Assalamu alaikum w.b.t

Ramai orang luar Kelantan tak faham apa yang terjadi di Kelantan. Tak kurang juga rakyat Kelantan sendiri (pro BN) yang pejamkan mata pekakkan telinga bisukan mulut bila berbicara tentang TGNA. Beliau dah banyak mengubah Kelantan dan Malaysia dalam pelbagai perkara… terutamanya politik. Itu hakikat yang kita semua perlu akui.

Kalau kita imbau masa lalu ketika mula memegang tampuk pemerintahan negeri, ramai suara-suara angkuh BN yang mengutuk serban TGNA. Kata mereka, pakaian pun tak melambangkan kemampuan TGNA. Tapi ramai kaum lain yang memuji TGNA yang diramal menjadi pemimpin yang hebat. Ramai yang kagum dengan personaliti TGNA, yang tak pernah dikenali oleh bangsa lain sebelumnya. Sekarang ini cuba tengok, kaum lain mula memberikan sokongan terhadap PAS. Tumbangnya BN dibanyak negeri adalah kerana perubahan sikap yang terarah kepada pas. Cuma ramai yang malu-malu dengan pas & memilih untuk menyokong PKR & DAP. TGNA telah berjaya mengubah minda rakyat Malaysia dalam berpolitik. Politik bukan keangkuhan, politik bukan kekayaan, dan bukan pendustaan…sebab itulah UMNO, Gerakan, MCA, PPP kalah! Rakyat muak dengan keangkuhan dan pendustaan BN. Politik yang berjaya adalah berasaskan kesederhanaan & kejujuran.

Pembangunan di Kelantan adalah cukup membanggakan berbanding dengan sesetengah negeri. Kelantan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas, dan semakin banyak peluang perniagaan wujud di Kelantan. Rakyat hidup penuh harmoni & saling menghormati. Cina India Siam tak pernah merasa kekok dengan orang Kelantan. Mereka juga suka apa yang berlaku di Kelantan, dasar pemerintahan yang sama rata. TGNA adalah pemimpin semua kaum di Kelantan. Semua sayangkan TGNA, kecuali orang umno yang sayangkan mahathir yang menipu mereka sekian lamanya. Orang UMNO sayangkan Islam hadhari & pemimpin kaya mereka, dan bukan as-Sunnah & al-Quran.

Cuti 2 hari seminggu pada jumaat & sabtu menjadi ikutan kerajaan pusat. Semua rakyat Malaysia patut berterima kasih kat TGNA sebagai pemimpin negeri yang memulakannya. Mengasingkan akaun halal & haram, sistem al-rahn, e-nikah, skim takaful kifaalah, iklan menutup aurat, & banyak lagi…Semua ini boleh didapati di laman web kerajaan negeri. Malaysia sebagai sebuah negara sepatutnya dah lama berusaha memenuhi tuntutan umat Islam. Tapi disebabkan orang BN jahil agama, maka tak mungkin mereka akan menuju keberkatan. Bahkan setiap sesuatu yang dibuat biasanya menuju kehancuran sebuah negara yang majoritinya beragama Islam. Mahathir lah orang yang cuba memijak Islam dahulunya terpaksa akur dengan kuasa Allah s.w.t. Mahathir masih lagi leka dengan kuasa, harta, dan maksiat. Masih berselera lagi untuk keduniaan!

Kita wajar melawat Kelantan dan mengenali masyarakat berbilang kaum disini. Kita wajar melihat apa yang TGNA telah usahakan & dalam perancangan. Kita patut jadikan Kelantan sebagai model negeri yang harmoni & penuh keberkatan. TGNA & rakyat Kelantan sentiasa berdoa untuk Kelantan yang semakin “Membangun Bersama Islam”

kadar pengangguran Julai 2008

http://www.melaka.gov.my/userfiles/file/Artikel/Kadar%20Pengangguran%20Q1%202008.pdf?PHPSESSID=dc910824cfc01ab23f22d805599dc9b9

Sidang Dun Kelantan

kadar kemiskinan 2007

10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR 1 September, 2008

Posted by ahmadmum in Anwar Ibrahim.
Tags: , ,
add a comment

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Laporan Pengadu enggan diserahkan

Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

2. Anwar ditangkap sebelum tempoh

Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

5. Laporan Pusrawi

Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat..

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia . Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Artikel asal

Fatwa semasa mengenai hukum merokok menjurus kepada haram 1 September, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment


Muhammad Syafiq
Fri | Apr 11, 08 | 11:38:14 am MYT

Saya perhatikan di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak.

Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan ‘Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=13856&Itemid=48

juga satu kenyataan dari TGNA ttg rokok:

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.