jump to navigation

Belanjawan 2009 30 August, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
1 comment so far
Intipati bajet 2009 ‘kerajaan prihatin’
Aug 29, 08 4:22pm
Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

Jumlah bajet

bullet buttonBajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion – naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

budget 2009 290808 04bullet buttonPeruntukan pengurusan – RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

bullet buttonPeruntukan pembangunan – RM27.8 bilion (sektor ekonomi – pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial  – pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

bullet buttonBajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

bullet buttonBertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti  dan memperkukuh daya tahan negara.

bullet buttonKerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial

Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

bullet buttonMenghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

bullet buttonKerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

budget 2009 290808 02bullet buttonMemandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

bullet buttonKadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

bullet buttonKerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

bullet buttonUsaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20

bullet buttonIsi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

bullet button Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan

bullet buttonRebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna

bullet buttonDuti import atas beberapa barangan pengguna – pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik – dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan

bullet buttonCukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)

bullet buttonMemberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

bullet buttonMurid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.

bullet buttonBayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan

bullet buttonBayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

bullet buttonTempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru

bullet buttonKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

bullet buttonBuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

bullet buttonKelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.

bullet buttonKemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan

bullet buttonIskandar Malaysia – Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan

bullet buttonKerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.

bullet button Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.

bullet button Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

bullet buttonPeruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM – RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.

bullet button Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.

bullet button

Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan

bullet button

K’jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel

bullet button

Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

bullet buttonKecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan

bullet button Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang – dari 15 sen kepada 18 sen.

bullet button Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

bullet button Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.

bullet button Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

bullet button Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

bullet buttonPengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.

Nelayan dan petani

Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

bullet buttonElauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.

bullet buttonPeruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

bullet button Pemansuhan duti import bagi  baja dan racun perosak.

PKR disokong gereja? 26 August, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

Jawapan dari seorang rakan kristian (box di TKO)

Saya agak meragui isi kandungan surat ini yg saya dapati terdapat unsur-unsur memfitnah. Saya pasti pengirim artikel tersebut telah memodifikasikan dan mengada-adakan surat tersebut bagi tujuan politik memburuk-burukkan pihak tertentu.

Pertama
TIADA pertubuhan yang dinamakan PERSATUAN GEREJA SELURUH SABAH di kota kinabalu.

Jika surat itu dari PERSATUAN GEREJA SELURUH SABAH, mengapa menggunakan alamat GEREJA KATOLIK? Persatuan gereja seluruh Sabah seharusnya gabungan semua gereja (Katolik + Protestant). So mengapa pertubuhan ini bernaung dibawah alamat gereja Katolik?

Kedua

Alamat CATHOLIC DIOCESAN CENTER yg tertera pada surat tersebut adalah SALAH!!!! Ternyata PEMBOHONG itu sudah ketandusan idea untuk memburuk-burukkan pemimpin politik yg dia maksudkan. Alamat yg BENAR ADALAH:

CATHOLIC DIOCESAN CENTER
Lorong Hiburan 3, Taman Hiburan
Jalan Penampang, P.O. Box 10225
88802 Kota Kinabalu Sabah

Ketiga

SALINAN diberikan kepada PASTOR DATUK DR JEFFERY KITINGAN??? Sejak pulak Datuk Jeffery ini bergelar PASTOR? Beliau seorang umat biasa yg beragama Kristian Katolik….. So bagaimana agaknya dia boleh menjadi PASTOR? Biasanya Gelaran Pastor di sabah lebih merujuk kepada pemimpin Protestant.

Keempat

Sila lihat no rujukan yg diberikan. Senangnya nak bagi no. rujukan demikian? Ketara sekali cara yg digunakan hanya berpandukan rekaan logik penulis semata-mata. Bagi saya terlalu banyak dispute dalam surat tersebut. Jadi warga TKO janganlah tergesa-gesa percaya.. kerana jika tak benar, ia hanyalah fitnah.

Jika nak kebenaran, cuba call nombor yg tertera… betulkah wujud PERSATUAN tersebut. -Box TKO

Konspirasi Anwar 98: Ustaz Taib Azamudin dan Mat Sabu 25 August, 2008

Posted by ahmadmum in Anwar Ibrahim.
Tags: , ,
1 comment so far

OK, aku terangkan……

firstly, berkenaan USTAZ TAIB AZIMUDDIN….. semasa USTAZ nih jadi IMAM MASJID NEGARA, tiba-tiba POLIS membawa AZIZAN untuk mengadu kepada USTAZ nih dan diambil video. semasa itu, lebih daripada tiga orang berada dalam bilik USTAZ, yang nampak dalam video, seorang POLIS, AZIZAN dan USTAZ TAIB. oklah, sebagai seorang IMAM dan PAKAR DALAM ILMU AGAMA, USTAZ TAIB ini hanya memberitahu, perkara macam itu tidak mustahil dan dia tidak kata DATUK SERI ANWAR IBRAHIM lakukan. dan selepas itu, lihatlah MAHKAMAH RIMBA UMNO dan penulis buku 50 DALIL, KHALID JAFRI telah dikenakan hukuman kerana mengadakan konspirasi.

Secondly, berkenaan dengan MAT SABU pula ( rujuk sini ), anda kena faham, KONSPIRASI UMNO pada tahun 1998 telah menyebabkan ada yang percaya dan semasa itu MAT SABU percaya dan diprovok oleh MEDIA2 UMNO untuk ditemuramah, namun setelah diteliti dan diketahui oleh MAT SABU, MAT SABU baru tahu isu sebenar dan ianya bukan silap ANWAR IBRAHIM. dan MAT SABU telah memohon maaf kepada ANWAR IBRAHIM dan sanggup menjadikan badannya sebagai tempat untuk ANWAR IBRAHIM membuat latihan fisioterapi semasa di UK sebagai tanda maaf. jadi, ianya tidak perlu dikatakan lagi.

KESIMPULANNYA…..

“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan..” al-Hujurat (49):6.

NASIHAT : JANGANLAH PERCAYA DENGAN FITNAH UMNO lagi…….. UMNO nih dah permain hukum AL_QUR’AN…… aku pun rasa macam tak percaya dah ORANG ISLAM KAT MALAYSIA NIH DIKALANGAN PEMIMPIN ATASAN BERPERANGAI MACAM SETAN dan memang LANUN……..

syahamin TKO.

*************************************************

Penjelasan YB Taib Azamudin berkaitan naskah fitnah UMNO

YB Taib Azamuddin, bekas Imam Besar Masjid Negara memberi penjelasan terhadap naskah fitnah terbaru mengaitkan beliau dengan tunduhan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Menurut beliau lagi, penjelasan berkenaannya pernah dibuat sebelum ini dalam tahun 2002 dahulu. Sebaliknya UMNO masih lagi menggunakan fitnah yang tak pernah wujud mahupun didakwa berkenaannya.

Akuan Bersumpah Thagarajoo Terhadap Najib 22 August, 2008

Posted by ahmadmum in Akuan Bersumpah.
Tags: , , ,
add a comment

Image

Thagarajoo also confirmed that Shafee Abdullah coached him on what to say and that his coached ‘statement’ was tape-recorded.

THE CORRIDORS OF POWER

Malaysia Today

Datuk K.S. Nallakaruppan and Dato’ Muhammad Shafee Abdullah were behind the conspiracy to frame Dato’ Seri Anwar Ibrahim on sodomy charges back in 1998. This was confirmed by Nalla’s driver, Thagarajoo a/l Thangavelu, in a Statutory Declaration signed on 21 August 2008.

This latest revelation puts to rest, once and for all, the speculation as to the real dalang behind the 1998 conspiracy. It appears like these same players are also involved in the latest sodomy allegation, dubbed as ‘Sodomy 2’, as revealed by Malaysia Today in an earlier report.

Rajoo also confirmed that Shafee coached him on what to say and that his coached ‘statement’ was tape-recorded. Rajoo was also summoned to Bukit Aman by the current IGP, Tan Sri Musa Hassan, who was then in charge of the case, and subsequently was brought to meet Tun Dr Mahathir Mohamad so that he can repeat what he had been instructed to tell the Prime Minister.

The text and scanned versions of the Statutory Declaration can be read below. In the meantime, let us ‘flashback’ to what happened during Anwar’s trial in 1998-1999.

Azizan Abu Bakar’s cross-examination by Christopher Fernando on 7 December 1998

Q: Did you tell the police that you were sodomised in 1994?

A: No.

Q: Who fabricated that evidence?

A: I don’t know.

Q: Did you tell the police you were sodomised in 1992?

A: No.

Q: Who told the police you were sodomised in 1992?

A: I don’t know.

Q: Who fabricated this evidence?

A: I don’t know.

Q: The date 1992 is false?

A: Yes.

Q: I put it to you that the charge had to be amended to 1993 because the building was not even ready for occupation?

A: I don’t know.

Q: Were you told to change the date to 1993?

A: Yes.

Q: Did you agree to this proposition?

A: Yes.

Q: Who asked you to change the date to 1993?

A: SAC Musa bin Hassan.

Q: I put it to you: it was because DSAI did not do anything to you. That is why you kept visiting him between 1992-1997. Otherwise you would have kept far away from him.

A: Yes, it’s true.

The interpreter repeated the question.

Again his answer was, “Yes, it’s true but I don’t understand the words ‘did not do anything’.”

The court then interrupted, “Perhaps you had better be more specific”.

Christopher Fernando: I will.

Q: I put it to you that DSAI DID NOT sodomise you. That is why you kept visiting him and his family between 1992-1997.

A: I agree that he did not sodomise me. That is why I continued to visit him between 1992-1997.

STATUTORY DECLARATION

I, THAGARAJOO A/L THANGAVELU (NRIC No. 590821-10-6033) a Malaysian citizen of legal age and residing at No. 20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan do solemnly and sincerely affirm and say as follows:-

(1) I am a Driver by profession.

(2) Sometime in 1995, I commenced employment with one Datuk K.S. Nallakaruppan (“Datuk Nalla”) as his driver. During the course of my employment with him, over a period of about five (5) years, I became privy to many events and incidents involving Datuk Nalla, primarily that involving his friendship with Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim (“DSAI”). They were close personal friends.

(3) During my initial years of employment with Datuk Nalla, I frequented a house in Jalan Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur, which was tenanted by Datuk Nalla. The owner of the said house was Dato’ Muhammad Shafee Abdullah (“Dato’ Shafee”). Datuk Nalla kept the said house as a guesthouse for his friends to use. This house was tenanted for about 1½ years. Later, Datuk Nalla tenanted a condominium at Tivoli Villa.

(4) Sometime in 1998, I was called by Dato’ Shafee to his office. It was a one-to-one meeting which lasted about an hour. Dato’ Shafee asked me to relate the happenings at the said tenanted house. I did so, as I was instructed by my boss, Datuk Nalla, to cooperate in every manner possible. My conversation with Dato’ Shafee was tape-recorded. During the course of the meeting, Dato’ Shafee stopped the tape-recording on four (4) to five (5) occasions. With the tape-recorder switched off, I would be told to say things to implicate DSAI in sex scandals with various women. Upon resumption of the recording, I narrated to Dato’ Shafee as instructed.

(5) On 21st August, 1998 (I remember the date vividly as it was my birthday) I was called to Bukit Aman by Tan Sri Musa Hassan (now the IGP) and thereafter two (2) police officers brought me to meet Tun (then Dato’ Seri) Dr. Mahathir Mohamed, the then Prime Minister of Malaysia. The meeting lasted about one (1) hour. I was asked to relate to Dr Mahathir of what I knew of DSAI’s movements and doings. I did so as I was assured I would be protected and financially rewarded. On no occasion did I say anything about DSAI’s private meetings with any male acquaintance as there were none.

(6) I make this Statutory Declaration as there now appears to be a sinister attempt by some parties to conspire against DSAI on similar allegations as in 1998 which I strongly and firmly believe are not true at all.

And I make this solemn declaration conscientiously believing the same to be true and by virtue of the provisions of the Statutory Declaration Act, 1960

SUBSCRIBED and SOLEMNLY DECLARED )
by the abovenamed THAGARAJOO A/L )
THANGAVELU at Kuala Lumpur in the )
State of Wilayah Persekutuan )
This 21st day of August 2008 )

Before me,

Rajoo's SD

Rajoo's SD

VERSI BAHASA MELAYU

Saya, Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033), seorang warganegara Malaysia yang dewasa dan menetap di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan ini menyatakan dengan benar perkara-perkara berikut:-

1.Saya bekerja sebagai pemandu.

2. Sekitar tahun 1995, saya memulakan kerja dengan Datuk K.S Nallakaruppan (“Datuk Nalla”) sebagai pemandu merangkap pengawal peribadi. Saya bekerja dengan beliau selama 5 tahun. Kemudian saya menyertai Datuk Kenneth Eswaran. Datuk Kenneth Eswaran menetap di Johor dan saya menjadi pemandu untuk ibunya yang tinggal di Petaling Jaya. Kemudian saya bekerja sebagai pemandu untuk Datuk kenneth Eswaran.

3. .Datuk Kenneth Eswaran adalah kawan rapat Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa ini.

4. Datuk Kenneth Eswaran amat rapat dengan seorang bomoh Hindu, yang saya kenali sebagai Mr. Ji. Mr. Ji ialah seorang warganegara India, yang tinggal diKerala, India dan sering datang keMalaysia diatas undangan Datuk Kenneth Eswaran.

5. Melalui Datuk Kenneth Eswaran, Mr. Ji telah diperkenalkan kepada Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Saya telah beberapa kali membawa Mr. Ji kerumah Datuk Seri Najib. Datuk Kenneth Eswaran mengiringi Mr. Ji. Mr. Ji selalunya membawa bersama beberapa peralatan sembahyang mengikut ugama Hindu untuk melakukan upacara dirumah Datuk Seri Najib. Upacara ini dilakukan setiap bulan semasa ‘Ammavasi’, yang mana merupakan masa dimana bulan tidak kelihatan. Upacara ini merupakan upacara Hindu dimana melibatkan jampi mentera menggunakan peralatan sembahyang menurut ugama Hindu seperti kunyit, vibuthi, kum kum, limau, kapor barus, susu lembu yang diletakkan diatas daun pisang. Api sembahyang akan dinyalakan didalam rumah dan kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan duduk ditengah-tengah dan Mr Ji menjalankan upacara pemujaan. Kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kemudiannya dimandikan dengan susu. Selepas upacara pemujaan, sebahagian daripada bahan-bahan pemujaan dibawa keluar rumah dan ditanam untuk menghindarkan mereka dari kerja-kerja kejahatan.

6. Seperti yang saya katakan, semua bahan-bahan pemujaan ini dibawa oleh Mr. Ji, dibantu oleh saya kerumah Datuk Seri Najib, baik diJalan Duta atau pun dikediaman rasmi di Putrajaya. Saya juga pernah membawa susu lembu dan bahan-bahan pemujaan lain didalam kawasan kediaman Datuk Seri Najib. Saya hadir disetiap upacara bilamana Mr. Ji melakukan pemujaan. Semua ini berterusan sehinggalah saya berhenti kerja denga Datuk Kenneth Eswaran.

7. Saya percaya bahawa upacara pemujaan ini masih berterusan.

8. Semasa pilihanraya kecil Ijok yang lalu, saya membawa Mr. Ji kepekarangan tempat mengundi diIjok dimana Mr. Ji meletakkan bahan-bahan pemujaan ini untuk memastikan kemenangan calon MIC, K. Parthiban.

9. Saya percaya perbuatan yang sama akan dilakukan untuk meletakkan bahan-bahan pemujaan adat Hindu ini dan tangkal didalam ataupun pekarangan tempat mengundi diPermatang Pauh.

10. Saya juga mempunyai maklumat bahawa doktor yang menyediakan laporan perubatan untuk Razak Baginda, tertuduh didalam perbicaraan Altantuya, wanita Mongolia, yang sedang berlangsung, adalah palsu kerana Datuk Kenneth Eswaran telah mengarahkan doktor untuk memalsukannya. Arahan tersebut dibuat semasa saya sedang memandu untuk Datuk Kenneth Eswaran.

11. Dalam beberapa peristiwa, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Datuk Kenneth Eswaran, meminta pertolongan Mr. Ji untuk menjauhkan mereka dari perkara-perkara jahat. Didalam satu ketika, Datin Seri Rosmah memanggil Datuk Kenneth Eswaran, menyatakan kebimbangannya kerana Datuk Seri Abdullah Badawi akan mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah. Datuk Kenneth Eswaran berjanji kepada Datin Seri Rosmah bahawa dia akan meminta Mr. Ji untuk melakukan pemujaan untuk menghalang perkahwinan tersebut.

12. Saya membuat Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa perkembangan melibatkan Datuk Nalla, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan Datuk Kenneth Eswaran yang saya kenali semasa saya bekerja sebagai pemandu. Peristiwa yang melibatkan kehilangan Penyiasat Bebas, P. Balasubramaniam merisaukan saya

Dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kebenaran seperti yang termaktub didalam peruntukan Akta Akuan Bersumpah, 1960.

(Terjemahan ini dibuat secara bebas oleh Mat Saman Kati berdasarkan artikel Raja Petra, Najib: Muslim By Birth, Hindu By Practice. Sekiranya terdapat keraguan, sila rujuk kepada artikel asal)

Wayang BPR – Macam budak-budak! 22 August, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

Dilulus terbit pada Friday, August 22 @ 20:26:20 MYT oleh greenboc
Analisis Isu Oleh C4boleh

a
Memetik lapuran dari harakahdaily,

“… semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan Osman Mohd Jailu sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali.

Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar dan pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu, katanya. …….”

Rakyat Malaysia bayar gaji BPR ni supaya buat kerja betul-betul. Laporan rasuah yang bertimbun-timbun pemimpin UMNO langsung tak disentuh ni nak buat drama pulak.

Kalau nak buat drama biarlah ‘real’. Ini projek tu pun tak ada macamana boleh ada rasuah pula. Memang dah ‘Badan Pelindung Rasuah’ samalah macam makan rasuah juga. Sebab tu hati jadi gelap, tamak haloba, khianat dan macam-macam lagi perkara yang buruk mereka sanggup buat hanya kerana arahan dari orang atas.

Pegawai-pegawai BPR termasuk bosnya dibayar gaji oleh rakyat Malaysia untuk memikul tanggungjawab dan amanah supaya membanteras rasuah yang semakin menjadi-jadi kini telah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk membuat drama ‘budget rendah’ untuk mengenakan orang yang tak bersalah. Kononnya nak menjatuhkan kerajaan perak.

Sudah sampai masanya BPR diletakkan dibawah Parlimen supaya tidak lagi dipermain-mainkan oleh PM dan Jabatan Perdana Menteri, rakyat dah bosan dengan tingkah laku pemimpin korup seperti ini. Malaysia perlu diberi nafas baru oleh pemimpin berjiwa rakyat untuk memacu negara ini kehadapan yang telah ketinggalan diantara negara-negara jirannya yang suatu masa dahulu berada di belakang.

REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!

Konspirasi BPR-BN Perak 22 August, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

21 August 2008

Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.

Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding diPermatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.

Salah satu cara untuk menghalang Anwar daripada meneruskan usahanya untuk mengambil alih pemerintahan negara ialah dengan mensabotaj pilihanraya kecil yang ditandingi oleh Anwar. Bermula dengan kes Saiful, beberapa siri skandal dicipta untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Anwar. DiPerak, skandal rasuah dicipta melibatkan ADUN-ADUN PKR.

Setelah gagal dengan bermuafakat dengan Pas, tajol rosli membawa ezam untuk melakukan komplot ini. Tugas pertama Ezam ialah mengenalpasti siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang boleh dibeli. Tumpuan Ezam ialah Jamaludin dan Osman, dua Exco Perak. Walaupun mencuba beberapa kali, namun mereka gagal membeli Jamaludin dan Osman. Namun komplot perlu diteruskan dan mereka mencari siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang mudah diperdaya. Dengan bantuan Ezam, mereka mengenalpasti Kapt (B) Usaili Alias, bekas ADUN Bota. Perancangan mereka ialah menggunakan Usaili untuk memerangkap Jamaludin dan Osman.

Perancangan bermua kia-kira sebulan lalu, dengan bantuan BPR Putrajaya. Seorang ejen bPR telah dihantar untuk memulakan operasi. Ejen yang bernama Imran ini dibekalkan dengan sebuah Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai seorang tokoh korporat Kuala Lumpur .

Kali pertama beliau kelihatan ialah apabila datang kepejabat MB Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bertanya tentang Usaili. Staf SUK tealh memperkenalkan beliau dengan seorang juruteknik dari PKNP bernama Roslan Sahat yang sememangnya rapat dengan Usaili. Roslan kemudiannya mengajak Zul Hassan untuk berjumpa dengan Usaili. Untuk meyakinkan Usaili, Imran telah membawa seorang kenalan beliau, seorang peniaga, Fairuz Azrim Ismail yang sememangnya dikenali oleh Usaili dan beberapa pemimpin PKR Perak.

Perbincangan dengan usaili adalah untuk membina sebuah pusat membina kapal di Bagan Datoh dan kertas kerja beserta profil syarikat telah diserahkan kepada Usaili. Imran mengharapkan Usaili dapat menggunakan kedudukan beliau sebagai kenalan rapat kepada kedua-dua EXCO ini untuk membantu meluluskan projek ini. Namun, kedua-dua EXCO ini, Jamaludin dan Osman tidak mahu terlibat kerana diluar bidang kuasa mereka.

Namun Imran tidak berputus asa. Pilihanraya Permatang Pauh memberikan peluang kepadanya untuk meneruskan komplot BPR ini. Imran telah menawarkan untuk menyumbang sebanyak RM5,000 kepada PKR Perak untuk digunakan didalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Oleh kerana beliau mahu menyerahkan wang tersebut kepada PKR negeri, maka Usaili telah mencadangkan keada beliau untuk menyerahkan wang tersebut kepada Jamaludin, yang mana merupakan Bendahari PKR Perak.

Satu pertemuan telah diadakan dipejabat SUK pada 14.8.08 yang mana Imran telah membawa wang sebanyak RM5,000 untuk dberikan kepada Jamaludin. Sekali lagi, Jamaludin menolak sumbangan tersebut dan memberitahu Imran, supaya menyumbang kepada PKR Permatang Pauh sekiranya beliau benar-benar ingin membantu. Sekali lagi harapan untuk memerangkap Jamaludin tidak menjadi, sebaliknya, Imran menyerahkan wang tersebut kepada Usaili. Tanpa menyedari wang tersebut telah ditanda, Usaili menerima wang tersebut dan pergi kePermatang Pauh bersama-sama Imran, Zul Hasan, Fairuz Azrim dan Roslan Sahat pada malam Penamaan Calon.

Dimalam tersebut, Usaili tinggal diBilik Gerakan Kg. Pertama manakala tiga lagi rakannya menghilangkan diri bersama Imran. menurut malumat, Imran telah membawa bersama dua orang pelacur yang dibawa khas dari Ipoh dan menempah sebuah hotel diPulau Pinang. Tidak diketahui, siapakah diantara mereka bertiga yang telah menggunakan pelacur tersebut.

Setelah dua kali usaha untuk memerangkap kedua-dua EXCO ini tidak berjaya, Imran telah menggunakan taktik yang lebih menarik, dengan bantuan BPR Putrajaya. Melalui Azrim sebagai informer, Imran mengintai peluang, bilakah kedua-dua EXCO ini berada ditempat yang sama secara serentak.

Peluang tersebut tiba apabila Usaili, Jamaludin dan Osman berjanji untuk kePermatang Pauh bersama-sama pada 19.8.08. Pada hari tersebut, Osman dan Usaili menunggu Jamaludin di Kluang Cafe, Ipoh Raya. berhampiran dengan bangunan SUK Perak. Nasib memang menyebelahi Jamaludin kerana beliau terpaksa menjemput isteri seorang kawannya yang menyebabkan beliau terlewat, lantas memberitahu Usaili bahawa beliau akan terus kePermatang Pauh bersendirian.

Apabila menyedari Jamaludin tidak akan datang, melalui Azrim yang minum disebuah restoran berdekatan, BPR terpaksa meneruskan operasi mereka. Imran bersama dengan seorang wanita telah membawa sebuah beg dan pergi berjumpa Usaili diKluang Cafe. Imran telah meletakkan beg tersebut diatas meja dimana Osman dan Usaili duduk dan terus beredar. Sebaik saja Imran beredar, pasukan BPR terus menyerbu Osman dan Usaili dan menyuruh Usaili membuka beg tersebut.

Usaili enggan membuka beg tersebut, lantas pegawai BPR telah menyuruh pegawainya yang lain untuk membuka beg tersebut, dan….memang ada wang berketul-ketul. Jadi, semua cerita tentang kelima-lima tertuduh ini ditangkap dibilik hotel adalah pembohongan SPR semata-mata. kejadian ini berlaku diKluang Cafe, Ipoh raya, didepan khalayak ramai. Bukannya didalam bilik hotel seperti yang dikatakan.

Usaili kemudiannya memanggil Roslan, Azrim dan Zul Hasan yang berada direstoran berdekatan untuk bertanya apakah yang berlaku. Zul Hasan telah memaklumkan bahawa mereka telah diminta supaya tidak bersama Osman dan Usaili lebih awal. Mengapa? Kerana Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberikan maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman.

Untuk menutup operasi mereka, BPR telah juga menangkap ketiga-tiga lelaki ini dan dibawa kepejabat BPR bersama-sama Usaili dan Osman. Semasa siasatan, BPR telah menjumpai sebahagian daripada wang RM5,000 yang telah ditandakan yang diberikan kepada Usaili semasa malam Penamaan Calon lalu. Maka BPR merasakan mereka mempunyai bahan bukti untuk menahan reman Usaili dan Osman.

Bagaimana Jamaludin boleh terlibat? Jamaludin bergegas balik keIpoh setelah mendapat tahu rakannya ditahan. Sebaliknya, beliau pula ditahan. Tetapi BPR tidak mempunyai kes terhadap Jamaludin dan tidak tahu apakah pertuduhan yang hendak dikenakan. Pengarah BPR terus megeluarkan kenyataan bahawa kesemua mereka ini ditahan kerana cuba menerima rasuah sebanyak RM120,000.! tetapi apabila Jamaludin dibawa kemahkamah untuk perintah tahanan reman, tuduhan yang dikenakan kepada beliau ialah cuba mendapatkan suapan berjumlah RM5,000 pada 14.8.08. Kita tunggu, apakah pula tuduhan ini akan dipinda lagi kemudian.

Dalam permohonan untuk menilai semula perintah tahanan reman terhadap Osman, Usaili, Roslan, Zul dan Azrim dimahkamah tinggi petang tadi, seperti dijangka, BPR telah membebaskan Azrim! Hakim bagaimana pun membatalkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap empat tertuduh lain.

Semasa perbicaraan, pendakwa BPR telah memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat kes ini baru sahaja dilantik selepas permohonan reman diberikan oleh mahkamah majistret. Macam mana tangkap dulu, kemudian ditahan reman, baru lantik Pegawai Penyiasat? Bukankah siasat dulu baru tangkap?

Sebenarnya, Pegawai Penyiasat BPR (seorang wanita) telah menarik diri dari terlibat dari kes ini!

Osman, Usaili, Roslan dan Zul Hasan telah dibebaskan oleh hakim mahkamah tinggi manakala Azrim dibebaskan oleh bPR. Jamaludin terpaksa tinggal dihotel BPR satu malam lagi (esok) sebelum dibebaskan pada hari Sabtu.

Tetapi kes ini belum berakhir dan banyak lagi maklumat tidak boleh dinyatakan disini.

http://perakexpress.com/?p=835

Sumpah Saiful – Sumpah Permatang Pauh 21 August, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

Dilulus terbit pada Thursday, August 21 @ 11:00:00 MYT oleh SongkokPutih
Analisis Isu Oleh alifx59

 Sumpah yang dilafazkan oleh Mohd. Saiful, 23, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur pada petang Jumaat lalu bahawa Anwar meliwatnya menimbulkan beberapa persoalan.

Sumpah itu disaksikan oleh bapa Mohd. Saiful iaitu Azlan Mohd. Lazim, ahli-ahli keluarganya, imam Ramlang Porigi dan para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Seperti yang diketahui umum Anwar telah didakwa telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan iaitu satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Kesalahan itu dikatakan dilakukan pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ulasan saya berkenaan sumpah yang dikemukakan oleh Saiful tersebut adalah berasaskan perspektif undang-undang baik undang-undang sivil mahupun syariah.

Pertamanya dari segi perundangan sivil , sumpah Saiful tersebut tidak ada harga sama sekali . Mahkamah sivil tidak menerima sumpah sebagai satu kaedah pembuktian apalagi sumpah itu di buat di luar Mahkamah .Oleh itu sumpah Saiful tidak boleh digunakan sebagai keterangan bagi mensabitkan Anwar dengan pertuduhan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan. Malahan sama ada Saiful sedar atau tidak sumpah beliau tersebut akan menyusahkan beliau di dalam perbicaraan kes di Mahkamah nanti. Saya pasti peguambela Anwar akan men”grill” beliau di dalam Mahkamah nanti berkaitan dengan sumpah tersebut.

Perkara kedua adalah berkaitan status sumpah yang diberikan oleh Saiful menurut perspektif undang-undang Islam. Secara umumnya di dalam Islam sumpah boleh diberikan oleh mana-mana orang Islam sebagai satu penegasan kepada sesuatu perkara. Lafaz sumpah mesti diberikan atas nama Allah sebelum ia boleh diterima dan lafaznya adalah wallahi , wabillahi dan watallahi. Dalam konteks ini, apabila Saiful bersumpah menggunakan lafaz-lafaz yang saya sebutkan tadi secara umumnya ianya boleh dikatakan sebagai satu sumpah yang boleh diterima. .

Bagaimanapun apabila dilihat kandungan sumpah Saiful tersebut mengandungi kalimah laknat ( li’an ) di mana diberitakan ia sebagai sumpah laknat ianya menimbulkan persoalan sama ada sumpah tersebut boleh digunakan kerana sumpah li’an hanya terpakai kepada kes tuduhan zina yang melibatkan suami dan isteri. Atas dasar itulah saya bersetuju dengan Presiden Pas , Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang menyatakan sumpah Saiful tidak boleh diterima kerana Saiful dan Anwar bukan suami isteri.

Pendapat yang menyatakan sumpah Saiful adalah mubahalah adalah pendapat yang amat lemah dan wajar ditolak kerana Saiful hanya bersumpah secara ex parte ( seorang diri tanpa kehadiran Anwar ). Mubahalah melibatkan inter parte ( dua pihak yang bertikai bersumpah dalam majlis yang sama )

Sekarang mari kita lihat status sumpah di dalam kes liwat ini menurut perspektif perundangan Islam . Memandangkan Anwar tidak didakwa di Mahkamah Syariah sebaliknya hanya didakwa di mahkamah sivil , maka isu sumpah ini tidak begitu relevan untuk dibincangkan in extenso ( secara panjang lebar ) .

Bagaimanapun memandangkan ada pihak yang berpendapat sumpah Saiful menepati hukum Islam , saya merasa terpanggil untuk menjelaskan di sini peranan sumpah ( al-yamin ) di dalam sistem perundangan Islam.

Tuduhan liwat ke atas Anwar adalah melibatkan hukum Islam. Malangnya Anwar tidak dibicarakan di Mahkamah Syariah. Antara keadah pembuktian ( turuk al-isbat ) di dalam Islam adalah melalui kaedah shahadah ( kesaksian ) , iqrar ( pengakuan ), bayinnah ( keterangan ) dan juga al-yamin ( sumpah ).

Apakah tujuan pembuktian di dalam Islam ? Ianya adalah sepertimana dinyatakan oleh Mahmassani di dalam bukunya falsafah al-tasyri fi a-Islam bahawa tujuan pembuktian itu adalah sebagai satu penghalang kepada tuntutan atau dakwaan yang kosong, palsu dan lemah.

Tidak seperti perundangan sivil , Islam menerima keterangan sumpah ( al-yamin. ) sebagai satu kaedah pembuktian. Bagaimanapun harus diingat berkaitan dengan soal pembuktian, al-yamin adalah satu kaedah pembuktian yang boleh dikatakan lemah sepertimana yang dikatakan oleh Mahmassani “ judicial experience shows that the oath is a weak method of proof. Not resorted to except in the absence of other evidence.. ( m/s 194 )

Jika tujuan bukti adalah untuk membuktikan sesuatu yang bertentangan dengan fakta yang sedia ada , tujuan al-yamin pula adalah “ to ensure the continuance of the original state” ( memastikan penerusan sesuatu perkara sepertimana keadaan asalnya ) ( lihat Artikel 77 Majallah ). Atas dasar itulah di dalam Islam beban membukti diletakkan pada pihak yang mendakwa manakala pihak yang menafikan tuduhan ke atasnya hanya diminta untuk bersumpah sahaja kerana seseorang yang dituduh dianggap tidak bersalah.

Jika kita menterjemah prinsip di atas di dalam kes Anwar v Saiful, memandangkan Anwar dituduh dengan tuduhan liwat , beban membukti dikenakan ke atas Saiful ( melalui pihak pendakwa ) dan sekiranya selepas segala bukti diberikan oleh Saiful dan Anwar masih menafikan tuduhan ke atas beliau, barulah Mahkamah meminta Anwar bersumpah dan sumpah itu hendaklah dilakukan di hadapan hakim di dalam Mahkamah.
Saya tidak berhajat untuk membincangkan di sini prinsip nukul a’n al- yamin atau yamin al-mardudah kerana ruangan yang terhad

Atas dasar itu apabila Saiful sebagai pihak yang menuduh bertindak melafazkan sumpah dan sumpah itu pula dibuat di luar Mahkamah, persoalan yang timbul adalah adakah sumpah tersebut berharga dan bernilai menurut undang-undang Islam ? Jelas jawapannya ianya tidak berharga.

Satu lagi yang perlu ditekankan di sini, al-yamin tidak terpakai di dalam kes hudud yang melibatkan huququllah ( hak-hak Allah ). Mahmassani menyatakan di dalam bukunya ” an oath has been sanctioned in cases involving property and chattels but is not acceptable in penal matters involving public ( God’s ) rights…” ( lihat Mahmassani di m/s 190 )

Pendapat kuat para fuqha’Islam adalah liwat itu menyerupai zina atas alasan ”liwujudin ma’na zina fihi” ( wujudnya makna zina padanya ( liwat ). Oleh kerana kesalahan liwat sama dengan zina , ia termasuk di dalam kesalahan hudud .

Memandangkan liwat termasuk dalam zina dan ianya termasuk dalam kategori hudud, maka sekiranya Anwar dibicarakan berdasarkan perundangan Islam yang sebenar, sumpah Saiful pasti akan ditolak oleh Mahkamah Syariah.

Kesimpulannya sumpah Saiful mungkin berharga di Permatang Pauh tetapi tiada nilainya jika kes Anwar dibicarakan menurut undang-undang Islam yang sebenar .

Wallahu a’lam.
Dari blog Hanipa Maidin:

Kaedah Fiqh

Bukti diminta dari pendakwa dan sumpah diminta daripada tertuduh yang menafikannya.

Pendakwa hendaklah membawa bukti empat orang saksi dalam kes zina atau liwat dengan syarat-syarat saksi seperti yang dihurai dalam memperkatakan mengenai syarat-syarat saksi.Berdasar hadith Abdullah bin Amr bin Al Ash ra �Bukti diminta daripada pendakwa dan sumpah diminta daripada tertuduh (HR at Tirmizi)

3)      Jika pendakwa berjaya membawa empat saksi maka hakim akan membenarkan dakwaannya .Hakim tidak perlu meminta tertuduh pula bersumpah bagi menafikan dakwaan tersebut.Demikian juga tertuduh tidak berhak meminta hakim menyuruh pendakwa bersumpah selepas mengemukakan bukti nya.Ini kerana tindakan itu membebankan pendakwa kerana terpaksa bersumpah selepas mengemukakan bukti.

4)      Sekiranya pendakwa gagal mengemukakan saksi  yang menyokong dakwaannya samada ia langsung tiada bukti ataupun bukti tidak mencukupi MAKA hakim perlu meminta tertuduh bersumpah bagi menafikan dakwaan itu.Setelah tertuduh bersumpah ,hakim akan memutuskan dia tidak bersalah.

5)      Sekiranya pendakwa tidak mempunyai sebarang bukti dan pihak tertuduh pula enggan bersumpah ,dalam keadaan ini pendakwa pula dikehendaki bersumpah .Sekiranya pendakwa bersumpah , keputusan akan menyebelahinya dan akan membenarkan sumpahnya.

6)      Sekiranya pendakwa pula enggan bersumpah setelah diminta oleh hakim tanpa sebab yang munasabah ,dakwaannya digugurkan kerana keenggannya dan ia terdedah kepada hukuman menuduh orang berzina tanpa bukti.

7)      Dalam prosedur ini hakim digalakkan menjelaskan kesan keengganan bersumpah kepada pihak yang tidak mengetahui.

8)      Sekiranya pihak tertuduh mengambil sikap berdiam diri dan tidak menjawab dakwaan pendakwa tanpa sebarang alasan yang menasabah ,tindakan tersebut dianggap sebagai menafikan dakwaan dan juga enggan bersumpah .Dengan ini pendakwa pula diminta bersumpah.

Soal Jawab tentang Anwar Ibrahim 20 August, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

a
Sama ada Anwar mempunyai aura yang hebat atau tidak,  itu bukan persoalannya. Tetapi buat masa ini setiap tindakan dan ucapan Anwar akan menyemarak semangat reformasi penyokong-penyokong dan amat merenyahkan Barisan Nasional khususnya parti UMNO.

Barisan Nasional akan gelabah dengan setiap tindakan Anwar apatah lagi pemimpin UMNO yang bagaikan kesasauan. Hari ini kelihatan beberapa set institusi menggelabah dikerah oleh pemimpin-pemimpin  UMNO untuk melawan  institusi Anwar Ibrahim ! Kelihatannya, dari kerana Anwar, UMNO tersasau terkecewa !

*************************

Ada orang mencabar saya untuk membuktikan bahaya anuar dan mendedahkan kelemahan orang yang akan menjadi bakal pm dan beriya iya mahu menjadi pm adalah harus supaya kita selamat dari kelemahan nya saperti juga kita mendedahkan kelemahan pak lah.

Untk menyahut cabaran itu saya akan senaraikan 10 sifat Anwar yang membahayakan ummat Islam Malaysia

1. Anwar berkhidmat dengan university usa dan menggangotai banyak panel yang di sponsor oleh usa untuk menjustifikasi penaklukan iraq dan afghanistan atas nama forced democracy

2. Anwar tidak pun bersetuju penubuhan negara islam jika malaysia bertukar kuasa

3. Anwar akan menghapuskan DEB yang menjadi asas reformasi socio ekonomi orang Melayu Islam dan menggantikan dasar ekonomi baru yang tidak mengambil kira Malaysia sebagai Semenanjuk Tanah Melayu yang mempunyai almost 100 peratus melayu islam sebelum penjajah

4. Anwar mempunyai krono nya sendiri semasa menjadi menteri kewangan dan timbalan menteri dan kroni anwar masih hidup sampai sekarang.

5. Anwar merancang untuk menjatuhkan Mahathir yang sah PM dengan menggunakan pengaruh nya di peringkat negeri termasuk sabah.

6. Anwar dalam kegelojohan mengejar kuasa dalam UMNO telah memujuk ramai pemimpin abim untuk menolongnya sehingga abim hancur. Di antara nya kamarudin md nor pasir puteh.

7. Anwar adalah musuh ketat pas dan tuan guru nik aziz dan sampai sekarang tidak meminta maaf secara terbuka

8. Anwar tidak mengamalkan nilai hidup islamik saperti apa yang di perjuangkan dengan berjabat salam dengan perempuan dan menari dangdut dengan perempuan di majlis hiburan

9. Anwar mempelawa imf untuk menguasai ekonomi malaysia yang merudum dan ini menunjukkan beliau tidak cekap dalam mengurus ekonomi

10. Anwar bertanggung jawab memecat ustaz baharom ulama yang baik dan lurus kerana membela kes ratu cantik. - AHMADHADEED

Khas jawapan dan balasan untuk sesumpah ahmadhadeed. Saya mulakan dari no. 10.

10. Anwar tidak bertanggungjawab diatas pemecatan Mufti Selangor pada tahun 1997. Pemecatannya dibuat oleh kerajaan negeri selangor yang ketika itu diperintah oleh UMNO/BN. Kalau tak salah pada ketika itu diera pemerintahan Abu Hassan Omar atau Muhammad Taib.Persoalan disini..Siapakah yang tidak mendengar nasihat Mufti Perak dan Perlis yang mengatakan SureHeboh adalah haram?UMNO?/BN jugak kann..??

9. Penjelasan mengenai Anwar mempelawa IMF adalah satu fitnah terhadapnya dan perkara itu telah berkali-kali dijelaskan oleh beliau. Hanya puak UMNO sahaja yang mempercayainya. hangpa orang bawah percaya pun takdak guna. Bukan dapat projek bilion-bilion pun. Ketua bahagian jugak yang kenyang. Hangpa jadi pencacai.

8. Anda mungkin juga tidak Islamik kerana anda menulis tanpa membuat ulangkaji terlebih dahulu. Gaya pemakaian Anwar tidak seperti mufti-mufti atau ustaz-ustaz yang lain. Tidak berjubah dan berserban. Beliau Islam dan beberapa kali ditegaskan oleh beliau adalah orang Islam berbangsa Melayu yang akan terus mengangkat Islam di Malaysia dan bangsa Melayu tanpa meminggirkan lain-lain kaum. Rosmah siap peluk cium shahrukh khan tak pula anda sebut yaa..

7. Sekilas ikan diair sudah tahu mana jantan dan mana betinanya. Untuk pengetahuan anda, Almarhum Ustaz Fadhil Nor adalah sahabat baik Anwar. Anwar juga tidak memusuhi TGNA. Sepanjang penglibatan Anwar dalam politik bersama UMNO sejak tahun 1982, Sepanjang tempoh beliau berkempen yang mana ketika itu beliau ditentang oleh PAS yang diwakili oleh Ustaz Zabidi,Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar, Anwar tidak pernah mengutuk lawannya. Apa yang dikatakan olehnya hanyalah kemajuan dan pembangunan yang akan dibawakan olehnya. Anwar pernah ditawar untuk menjadi ahli PAS, tetapi dia menolak dengan baik sebab pada fikiran Anwar ketika itu, beliau mahu membersihkan UMNO bila beliau berada didalam UMNO. Bukan senang untuk beliau nak bersihkan. Sehinggalah beliau menjadi pemangku perdana menteri dan ketika itu adalah peluangnya untuk mendedahkan fail-fail rasuah menteri-menteri.Sekembalinya Dr Mahathir dari bercuti, Anwar mengemukakan fail-fail ini kepada Dr Mahathir dengan harapan Dr.Mahatir akan mengambil tindakan terhadap menteri-menteri rasuah ini. Akhirnya beliau sendiri terperangkap dan dipecat.

6. Abim tidak hancur. Tujuan Anwar adalah untuk mengajak rakan-rakannya itu untuk menolongnya membersihkan UMNO. Sehingga kini Anwar masih disokong oleh ABIM.

5. Bukan sahaja menjatuhkan Mahathir, tetapi seluruh menteri UMNO yang rasuah.

4. Periksalah akaun peribadi Anwar semasa beliau menjadi menteri dahulu. Periksalah atas nama isterinya, anak-anaknya juga sekali. Jika ada tampil dan buktikan. Semua ada kroni. Anda juga punya kroni. Kroni apakah yang dimaksudkan disini? Beliau tidak meluluskan kontrak-kontrak dan mengambil share projek dari kroninya walaupun ketika itu beliau seorang menteri kewangan.

3. DEB? DEB banyak mengkayakan pemimpin-pemimpin UMNO. Tidak dinafikan bahawa DEB membawa kebaikan kepada bangsa Melayu. Cuma ianya tidak relevan sekarang dengan keadaan rasuah, penyerahan tender tidak telus dan pelbagai-bagai lagi.Siapakata Anwar tidak mengambil kira penduduk semenanjung yang berbangsa melayu? tengok sahajalah Agenda Ekomoni Malaysia yang dibawanya untuk meningkatkan martabat orang melayu. Anda juga tahu Malaysia kini didiami oleh pelbagai bangsa dan mereka juga seperti anda membayar cukai dan berhak untuk mendapat yang terbaik. Tanpa meminggirkan orang Melayu, Anwar juga akan membela orang yang bukan melayu. Anwar adalah ejen Melayu, Cina, India dan lebih lagi Anwar adalah Ejen Rakyat. Tidak seperti UMNO yang semangatnya lebih kepada melayu yang mempunyai sifat Racism.

2. Siapa yang memberitahu Anwar tidak bersetuju untuk menubuhkan negara Islam? Siapa? Najib monggolia? Paklah bedawi? Fikir secara logik dan rasional. TGNA adalah seorang tokoh ulama tersohor. Ilmu Islamnya tinggi. sekali tengok orang pun dah tau orang tu macam mana. Kalau Anwar tu memang taknak tubuhkan negara Islam, InsyaAllah TGNA akan tau lebih awal berbanding anda.

1. Apa salahnya Anwar berkhidmat dengan universiti di US? Kenapa anda tidak mempersoalkan kenapa Anwar menjadi penasihat ekonomi Turki dan Negara arab? Kenapa US juga hendak dipilih oleh anda untuk menjadikan soalan? Kenapa? Anwar Ejen Yahudi? Ejen Amerika? CIA? FBI? atau anda cemburu kerana anda tidak berpelajaran tinggi dan mendapat tempat disana? Anwar merupakan ahli akedemik yang diiktiraf diseluruh dunia.

SOALAN SAYA KEPADA ANDA.

1. Jelaskan mengenai hubungan PDRM dengan sebuah syarikat telekomunikasi Israel dan penglibatan Khairy Jamaludin dengan syarikat itu yang bertempat di Singapura. -Gerakan_Revolusi

Catitan Tentang Hukum Qazaf Dalam Tulisan Ulama Jawi 17 August, 2008

Posted by ahmadmum in Anwar Ibrahim.
Tags: , ,
add a comment

Sunday, 17 August 2008 02:29

Syaikh Daud Abdullah al-Fatani menyebut dalam kitab Hidayatu al-Muta’allim[1]: ketika mengulas tentang perlaksanaan hukum hudud zina:

“(Bermula ) zina yang wajib [hukuman] had itu iaitu orang yang melazimkan hukum [mukallaf] lagi mengetahui dengan haramnya [berzina] dengan memasukkan hasyafah [forehead] atau kadarnya [sekiranya zakar yang tidak mempunyai hasyafah] dengan faraj atau dubur yang haram bagi ‘ainnnya, lagi keinginannya pada tabiatnya [tidak dipaksa] dengan tiada syubhah…….”

Syaikh Daud menyambung dengan menyebut pengecualian daripada hukum, yakni tidak sampai dihukum dengan hukum hudud tetapi ditakzirkan:

“Tetapi tiada thabit [hukum had] dengan tiada masukkan [zakarnya] ke dalam faraj seperti bergurau-gurau jua atau dengan di wati isterinya pada masa haidhnya dan puasa atau di wati [disetubuhi] pada dubur[2] [isterinya] atau diwati sahayanya yang ada suaminya atau yang di dalam ‘iddah atau sahaya itu mahramnya atau diwati dengan tergagah [dipaksa] atau dihalalkan oleh orang alim [seperti fatwa ulama shiah tentang nikah mut’ah] atau diwati orang mati atau akan binatang, maka tiada [dilaksanakan] hukum had pada segala perkara itu” [m/s 300-301]

2-Syaikh Daud Abdullah al-Fatani di dalam kitabnya Fathu al-Mannan[3] yang merupakan terjemahan kepada kitab Safwatu az-Zubad menyebu dengan jelas yang hukum hudud qazaf meliputi tuduhan liwat:

Dan wajib atas melontar[4] dengan liwat dan zina* didera dulapan puluh bagi orang yang hurr [5] dan muhsana*

dan bagi sahaya setengah ketahui engkau orang yang muhsana* iaitu orang mukallaf yang Islam lagi merdeheka tiada berzina*

dan jika berdiri baiyyinah atas yang kena tuduh atas berzinanya* gugurlah seperti adalah benar bagi tuduh atau dimaafnya*

(Dan wajib) atas orang yang menuduh akan seseorang semada laki-laki atau perempuan dengan liwat atau dengan zina seperti dikatakan “zanaita”, “latta” [yang bermaksud] zinah engkau, atau diliwat engkau atau “lat” bagi fulan , telah liwat dengan dikau sianu atau “ya zani” atau “ya la it”, dan yang menuduh itu orang mukallaf lagi dengan ikhtiarnya , yang bukan usulnya [yang membuat tuduhan bukan ayah atau datuk], maka tiada dihadkan [tiada dihukum dengan hukuman had] kafir atau kanak-kanak dan orang gla atau jahil ia akan haramnya sebab baharu masuk Islam atau jauh daripada ulama’ atau tergagah [dipaksa] .

3-Syaikh Muhammad Ismail al-Fatani di dalam kitab Matla u’ al-Badraini menyebut:

(Bermula hukum liwat) seperti hukum zina iaitu dihadkan dia yakni direjamkan dia jika ada ia muhsan, dan dipukul dan didagangkan [buang daerah] akan dia jika tiada muhsan , atas yang mazhabnya [yakni mazhab Imam as-Syafi’ie] ialah yang mu’tamad-nya dan muqabalah-nya [yang tidak mu’tamad] bahawa sanya dibunuh akan dia mutlaqan[apa cara sekalipun], dan kaifiyyat membunuh akan dia itu beberapa wajah, salah suatunya dibunuh akan dia dengan pedang, dan keduanya direjamkan dia dan ketiga dirobohkan jidar [dinding] atasnya atau dicampakan dia daripada tempat yang tinggi, {hukuman bunuh] ini pada fa’il [pelaku] yakni yang meliwatnya, adapun yang kena liwat, maka dipukulkan dan didagangkan akan dia, jika ada ia mukallaf lagi taat [dilakukan secara rela] ia akan dia semada ia muhsan atau tiada, semada laki-laki atau perempuan , jika tiada mukallaf atau yang digagahi[ dipaksa] akan dia maka tiada dihadkan atasnya, maka makna liwat itu [ialah] wati pada dubur laki-laki , jika pada dubur sahaya yang laki-laki sekalipun, atau pada dubur perempuan . Dan wajib had padanya [kesalahan ini] pada yang lain daripada [meliwat] isterinya dan sahaya yang perempuan (m/s 195)

Syaikh Muhammad Ismail menyebut dalam bab Qazaf dalam kitab ini:

(Dan tertegah) maqzuf yakni orang yang dituduhkan dia daripada bersumpah kerana bahawa sanya harus bagi qazif yakni yang menuduh ia suruh maqzuf bersumpah atas ketiadaan berzinanya dan jika serta kuasanya atas baiyyinah sekalipun[6], pada [pemahaman] kebanyakan ulama maka [jika] bersumpah maqzuf , dihad-kan qazif dan jika tiada bersumpah maqzuf gugurlah had qazif (m/s:196)

4-Tuan Tabal, Syaikh Abdul Samad Soleh al-Kelantani dalam kitabnya Minhatu al-Qarib[7] menyebut:

(dan bermula) hukum liwat (yakni) wati pada dubur orang lain daripada isterinya, ini seperti hukum zina juga atas qaul yang mu’tamad (adapun liwat) pada isteri atau sahaya perempuannya maka ditakzirkan dia jua jika berulang-ulang, jika tiada berulang-ulang maka tiada ditakzirkan padanya (m/s 215)

5-Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani menyebut dalam kitabnya ‘Unwanu al-Falah, tentang perlaksanaan hukum hudud atasjenayah zina dan liwat, serta syaikh memilih salah suatu qaul daripada menyatakan hukuman liwat:

Dan disyaratkan pada wajib had itu taklif maka tiada dihad-kan kanak-kanak dan orang yang gila bahkan dita’dibkan keduanya (dan hukum) liwat [sama dengan] hukum zina. Dan orang yang dikerjakan [ orang yang kena liwat] pada duburnya itu had-nya jild [sebatan] semada muhsan atau tiada (m/s 75)

6- Syaikh Muhammad Ismail al-Fatani dalam kitabnya Kasyafu al-Litham menyebut dalam bab Qazaf:

(Furu) Harus yang menuduh itu menuntut akan yang kena tuduh itu suruh bersumpah atas tiada ia [orang yang kena tuduh] berzina , dan jika enggan ia [orang yang kena tuduh] daripada bersumpah gugurlah hadnya [had qazaf atas yang menuduh], dan jika bersumpah ia [orang yang kena tuduh]. Dihad-kan dia [yang menuduh] [inilah] kata kebanyakan ulama’, tiada didengarkan dakwa dengan zina dan bersumpah ia atas menafikan dia melainkan pada masaalah ini jua seperti kata dalam [kitab] Syarah Raudah[8]

Dalam persoalan yang lebih menjurus dicatitkan:

(Furu) Ditanya akan [Imam} Ramli daripada seorang yang mendakwa ia atas seorang yang lain bahawa sanya ia [yang kena tuduh] liwat dengan dia, maka engkar ia [yang kena tuduh], maka adakah [perlu] bersumpah ia [yang kena tuduh] yakni menuntut suruh bersumpah , dan apabila kamu kata tiada disumpahkan dia [yang kena tuduh enggan bersumpah], maka apabila tiada didirikan baiyyinah [saksi dan bukti yang secukupnya] dihad-kan dia [yang menuduh] yakni akan orang yang mendakwa itu? Apabila maaf maqzuf [orang yang kena tuduh] itu daripada [dilaksanakan hukum] had [ke atas yang menuduh], maka adakah bagi qazif tuntut suruh bersumpah akan dia atau tiada?

Dan maka jawab ia dengan bahawa sanya ia [yang menuduh] iqrar atas dirinya dan menuduh ia[ yang menuduh] akan di fa’il [yang dituduh sebagai pelaku] , maka [ dalam keadaan ini] jika menuntut ia [yang kena tuduh] akan had qazaf-nya [terhadap yang menuduh], niscaya adalah baginya[yang kena tuduh] menyumpahkan [bersumpah] dia atas nafi liwatnya [meliwat si penuduh], dan jika [sekiranya ] tiada menuntut ia [yang kena tuduh] akan [hukuman] had-nya [dilaksanakan ke atas yang menuduh] maka tiada boleh dituntut bersumpah. (m/s:369)

Syaikh Muhammad Ismail menyebut ‘rational’ fatwa ini dalam kitabnya yang sama:

Bermula orang yang mendakwa itu orang yang mukhalafah [menyalahi] oleh [dengan perkataan] katanya akan zahir dan mudda’a ‘alahi [orang yang kena dakwa] itu orang yang muafakat akan yang zahirnya m/s: 455

8. Sayaikh Daud Abdullah al-Fatani dalam kitabnya Furu al-Masail mencatitkan persoalan yang sama:

(Soal radiyyallahu ‘anhu ) daripada seorang dakwa atas seorang [yang lain] bahawa ia liwat, maka engkar ia [yang kena tuduh], adakah ia [yang kena tuduh] bersumpah atas ketiadaannya [melakukan liwat tersebut] ? Dan jika kita kata tiada [kewajiban] atasnya bersumpah , makajika tiada [pula] didirikan baiyyinah [oleh yang menuduh] adakah didirikan [dilaksankan hukuman] had atas mudda’ie ? Dan apabila memaafkan oleh yang kena tuduh daripada hadnya [hukuman ke atas yang menuduh kerana qazaf], maka adalah bagi yang menuduh suruh ia bersumpah?

(Maka dijawabnya) bahawa sanya ia mengaku atas dirinya [diliwat] dan menuduh ia bagi yang berbuatnya dengan dia [yang menuduh], maka jika menuntut [ oleh yang kena tuduh] akan dia [yang menuduh] dengan [dikenakan] had qazaf , harus ia [yang menuduh] menuntut suruh [yang kena tuduh] bersumpah atas menafikan liwatnya, manakala dimaafkan daripadanya [tiadalah dilaksanakan hukum had ke atasnya], dan jika tiada [menuntut hukum had qazaf ke atas yang menuduh] maka tiadalah boleh ia menuntut suruh ia bersumpah[9]. (m/s:323)

9-Syaikh Abdul Rauf Singkel dalam kitabnya Mira atu at-Tullab menyebut:

Bermula wajib had zina itu atas orang yang menetap [mukallaf] bagi segala hukum Islam lagi tahu ia akan haramnya dengan sebab memasukkan hasyafah atau kadarnya [bagi yang tiada hasyafah] ke dalam faraj semada faraj itu qubul atau dubur dan semada ia daripada lelaki atau perempuan dan adalah faraj itu faraj yang diharamkan ia kerana ‘ainnya lagi yang keinginannya pada tabiat yang sejahtera dan adalah masuknya itu dengan tiada syubhah dan ada yang empunya faraj itu diupah lagi menghalalkan dirinya atau mahramnya sekalipun. (m/s:447)[10]

Lihat bagaimana keatanya syarat baiyyinah bagi menthabitkan perbuatan zina yang dijatuhkan hukuman hudud, Syaikh Abdul Rauf menyebut dalam kitab yang sama:

(Soal) jika bertanya seorang apabila naik saksi orang yang diqabulkan [diterima] saksinya [kesaksiannya] padahal kurang daripada empat orang akan zina seorang, adakah thabit zina dengan dia [orang yang dituduh] atau tiada, maka apabila tiada thabit dengan dia [kesaksian yang tisak cukup empat orang] [kesalahan] zina adakah wajib atas sekelian saksi had atau tiada

(Jawab) tiada thabit zina dengan dia dan wajib atas sekelian saksi itu [hukuman] had supaya jangan jatuh pekerjaan [practice] itu membinasakan hormah [kehormatan/maruah] manusia dengan rupa saksi. Dan demikian lagi jikalau naik saksi akan zina itu sekelian perempuan atau segala sahaya atau ahli az-zimmi , niscaya wajib [hukuman] had atas mereka itu kerana bukan mereka itu ahlu as-syahadah (yakni) yang bukan patut akan [menjadi] saksi (m/s 450)

10-Syaikh Muhammad Nur Bin Ismail al-Fatani dalam kitabnya Kifayatu al-Mubtadi menyebut:

(Dan) hukum (liwat) iaitu memasukkan hasyafahnya atau kadarnya (pada) dubur (lelaki) dan jika sahayanya atau pada dubur perempuan yang bukan isterinya atau gundiknya [sahaya perempuannya sama dengan] (hukum zina) maka direjamkan fa’il yang muhsan dan dipukulkan yang tiada muhsan dan didagangkan dia [dibuang daerah] sepeerti yang telah lalu sebutnya. Adapun yang kena perbuat maka dipukulkan dan didagangkan dia semada muhsan atau tiada, maka iaitu atas mazhab, maka ialah yang mu’tamadnya pada [hukuman] liwat dan muqabalahnya [pendapat yang tidak mu’tamad dalam mazhab] dibunuhkan fa’il-nya dan kaifiat membunuhkan dia itu bersalah-salahan padanya, kata setengahnya dengan pedang dan kata setengahnya direjamkan dia dan kata setengah dirobohkan jidar atasnya dan kata setengah dicampakkan akan dia daripada puncak gunung yang tinggi[11] m/s 310-311

!1- Dalam Kitab ‘Umdatu as-Salik , sebuah kitab feqah mazhab Imam as-Syafi’ie berbahasa arab, karangan Syaikh Ahmad Ibn Naqib . Terdapat edisi kitab ini yang dibuat ta’liqat oleh Syaikhuna Nuruddin al-Banjari. Kitab ini juga telah diterjemaholeh Syaikh Nuh Hamim Keller ke dalam bahasa inggeris dengan baik sekali. Terjemahan yang saya fahami adalah lebih kurang:

Apabila membuat tuduhan (qazaf) oleh seorang yang baligh, beraqal dan dengan pilihannya [tidak dipaksa] sedangkan dia seorang muslim, atau seorang zimmi atau seorang yang murtad atau seorang kafir yang diberi jaminan keamanan terhadap seorang yang muhsan, bukan anak kepadanya dengan tuduhan zina atau liwat dengan jelas [sarahah] atau dengan simbolik [kinayah] beserta dengan niat maka dikenakan hukum had

Khulasah

Jelaslah dalam matan-matan kitab yang telah dirujuk menunjukkan hukuman hudud bagi jenayah liwat adalah di bawah bab jenayah zina dan hukumannya sama bahkan lebih berat. Sementara tuduhan zina ke atas seorang yang muhsan membawa kepada jenayah qazaf, sudah tentu tuduhan liwat, yang disebut oleh Imam al-Mawardi yang liwat itu adalah perlakuan yang lebih dahsyat daripada zina itu juga diambil kira sebagai qazaf.

Sementara jika ada seorang yang mengaku dirinya diliwat tanpa mendatangkan baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf syara’ ,sedangkan orang yang kena tuduh itu pula menafikan tuduhan tersebut dan dia meminta kepada qadi agar orang yang menuduh itu didakwa sebagai orang yang melakukan qazaf. Dan orang yang menuduh itu kerana menguatkan hujjahnya, dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh itu bersumpah menafikan yang dia telah meliwat orang yang menuduh. Maka apabila orang yang kena tuduh itu bersumpah maka orang yang menuduh itulah yang dijatuhkan hukuman had qazaf.

Sekiranya orang yang menuduh itu mempunyai baiyyinah atau qarinah, sepatutnya dia menthabitkan jenayah orang yang kena tuduh itu dengan menggunakan baiyyinah dan qarinah tersebut, jangan diminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, kerana sekiranya orang yang dituduh itu bersumpah menafikan yang dia meliwat orang yang menuduh, maka hukuman had qazaf jatuh ke atas orang yang menuduh. Itulah kefahaman kebanyakan ulama dalam mazhab Imam as-Syafi’ie. Ini kerana apabila dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, implikasi undang-undangnya ke atas orang yang membuat tuduhan ialah dia mesti menerima butiran sumpah yang dibuat oleh orang yang kena tuduh

Bagaimana pula sekiranya orang yang membuat tuduhan itu tidak mempunyai baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf oleh syara’ dan mendesak agar orang yang kena tuduh bersumpah? Tidakkah dia takut kepada hukuman lapan puluhan sebatan thabit ke atas zimmahnya, serta dia akan dikira sebagai seorang yang pembohong di sisi hukum syara’. Mengikut Imam as-syafi‘ie dan sebahagian ulama yang lain, sekiranya orang yang melakukan qazaf ini bertaubat sekalipun, maka taubatnya itu di antara dia dan Allah, dari segi perlaksanaan hukum syara’ dia dikira sebagai ‘fasiq’ sampai bila-bila.

Begitulah perincinya hukum Islam, alhamdulillah keperincian perbincangan hukum itu juga dikupas oleh ulama-ulama jawi dalam kitab-kitab mereka. Kita diwariskan dengan khazanah ilmu yang sangat bernilai dan mendalam sifatnya, rugilah bangsa yang tidak tahu menilai warisan sendiri serta dalam kejahilan mereka itu pun , mereka sanggup memandang orang tua mereka sebagai orang yang tidak memahami Islam yang luhur dan lengkap-melengkapi sebagaimana yang mereka faham sekarang. Aduhai bangsaku, adakah ini nasib kita selepas 51 tahun merdeheka…..

Alhamdulillah selesai membuat catitan selepas zuhur satu Syawal 1429H. Ia diselesaikan dengan segala keterbatasan ilmu dan faham dan rujukan tetapi memandang dengan sangka yang baik terhadap ‘inayah dan taufiq dari Allah , semoga catitan ini memberi manafaat kepada pencatit yang serba kekurangan dan saudara-saudaranya yang mahu memahami dan menghayati kebenaran.


[1] Naskhah yang dirujuk dicetak Matba‘ah al-Miriyyah pada tahun 1312 H. Alhamdulillah ianya adalah naskhah yang lengkap.

[2] Anal-sex yang didak dijatuhkan hukuman hudud itu ialah dengan isteri atau sahaya, bagaimanapun ditakzirkan

[3] Naskhah yang dirujuk dicetak di Matba‘ah al-Miriyyah pada tahun 1330H. Matan Zubad diterjemah dalam bentuk puisi serta diikuti oleh syarah di dalam bentuk prosa. Sedang kitab asalnya yang berbahasa ‘arab ditulis oleh Syaikh Ahmad ibn Raslan dl-Dimasyqi.

[4] Melontar maksudnya menuduh

[5] Hurr orang yang merdeka-bukan sahaya

[6] Apabila sipenuduh meminta agar orang yang kena tuduh bersumpah, bererti dia mengiktiraf apa yang disumpah oleh orang yang kena tuduh.

[7] Naskhah yang dirujuk di cetak oleh Di. Ya Ikhwan

[8] Cetakan tahun 1345H

[9] Naskhah yang dirujuk cetakan Matba’tu al-Misriyyah pada 1307H

[10]Siap ditulis pada tahun 1184H. Naskhah yang dirujuk dicetak di Matba’atu Ummu al-Qurra pada tahun 1309H.

[11] Naskhah yang dirujuk cetakan Dar al-Maarif, Pulau Pinang (t.t)

Majlis Peguam perlu adil 17 August, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

Dilulus terbit pada Sunday, August 17 @ 07:18:41 MYT oleh SongkokPutih
Wawancara  PADA 9 Ogos lalu, Majlis Peguam mengadakan forum ‘Memeluk Islam’. Tindakan majlis berkenaan dikatakan menimbulkan kemarahan umat Islam. Lanjutan itu, lebih 1,000 orang berkumpul membantah penganjuran forum tersebut yang disifatkan sengaja mahu mencemarkan imej Islam.

Mengulas perkara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar menyifatkan tindakan Majlis Peguam tersebut hanya akan mewujudkan tafsiran bahawa majlis berkenaan sememangnya anti Islam.

Bercakap dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HERMAN HAMID, beliau menganggap Majlis Peguam tidak bertindak jujur apabila mengadakan forum seumpama itu.

Ini kerana kata beliau, Majlis Peguam sengaja mempertikaikan perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan biarpun majlis itu acap kali membuat kenyataan bahawa Perlembagaan harus dihormati dan diletakkan di tempat tertinggi serta tidak boleh dipertikaikan.

Bagi beliau, isu sensitif melibatkan agama seharusnya dibincangkan secara tertutup kerana ia boleh mencetuskan perbalahan.

Dalam pertemuan tersebut juga, Zainul Rijal turut meminta Majlis Peguam agar bertindak jujur dan ikhlas dalam tindakan mereka serta tidak terus melakukan provokasi dengan menganjurkan forum-forum yang dilihat hanya bertujuan memburukkan Islam. Contohnya, kata beliau walaupun kerajaan dan pelbagai pihak membantah forum tersebut namun Majlis Peguam tetap berdegil dengan meneruskannya.

‘‘Semua ini adalah satu tindakan provokasi yang boleh menimbulkan tafsiran bahawa majlis itu anti Islam dan ini pastinya boleh membangkitkan kemarahan orang Islam,’’ katanya.

Menurut beliau yang juga seorang peguam sivil, jika Majlis Peguam ikhlas mereka seharusnya menganjurkan forum tertutup bagi memberikan kefahaman kepada bukan Islam mengenai perkara-perkara berkaitan Islam. Tetapi malangnya kata beliau, Majlis Peguam tidak berbuat demikian. Mereka sebaliknya seolah-olah hanya mencari keburukan apabila seseorang memeluk Islam.

MINGGUAN: Apakah motif Majlis Peguam mengadakan forum ‘Memeluk Islam’ pada 9 Ogos lalu?

ZAINUL RIJAL: Sebenarnya Majlis Peguam mempertikaikan banyak perkara, tetapi dalam masa yang sama mereka berkata Perlembagaan Persekutuan adalah paling tinggi dan mesti dihormati serta tidak boleh dipertikaikan.

Tetapi apa yang kita lihat apa-apa perkara mengenai kelebihan Islam dan kedudukan orang Melayu seperti mana termaktub dalam Perlembagaan seolah-olah dipertikaikan. Ini jelas apabila mereka menganjurkan forum ‘Kontrak Sosial’ pada Jun lalu serta terkini forum ‘Memeluk Islam’.

Begitu juga dalam beberapa kes melibatkan hal ehwal Islam, majlis itu menghantar peguam pemerhati. Mereka bukan sahaja memerhati tetapi juga terlibat sama berhujah. Semua ini memberi gambaran di kalangan orang Islam seolah-olah Majlis Peguam anti Islam.

Pada hal Majlis Peguam mengatakan memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan. Jadi mereka mempunyai pendirian yang berbeza satu masa kata macam ini, satu kata macam lain pula. Ini yang kita tidak boleh terima.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan mesti mengakui hakikat bahawa ada perbezaan antara Islam dan juga agama-agama lain. Tetapi soal ini tidak diketengahkan oleh Majlis Peguam.

Apakah kesannya jika majlis berkenaan terus bertindak demikian?

ZAINUL RIJAL: Kesan segera yang kita dapat lihat ialah pada 9 Ogos lalu apabila umat Islam berkumpul di hadapan Pejabat Majlis Peguam di mana berlangsungnya forum ‘Memeluk Islam’.

Ia menyaksikan bagaimana orang Islam bangkit. Hakikatnya, orang Melayu Islam tidak mudah ‘naik semangat’ tetapi apabila betul-betul marah barulah tercetus suasana seperti mana kita lihat itu. Kita tidak mahu apa yang berlaku pada tahun 1969 berulang, ia tidak baik untuk negara.

Namun bagi orang Melayu apabila mereka melihat kedudukan agama dihakis barulah mereka bangkit. Begitulah juga apa yang berlaku pada 9 Ogos lalu apabila Majlis Peguam dilihat mempertikaikan agama Islam, barulah orang Melayu bersatu.

Secara terperinci apa bahayanya forum seumpama itu?

ZAINUL RIJAL: Pada mulanya saya berpendapat ia hanya satu forum, jadi saya tidak ada masalah. Saya yakin wakil orang Islam di dalam forum berkenaan boleh memberikan perspektif Islam yang betul. Tetapi apabila saya melihat kepada surat jemputan forum berkenaan yang turut tertera mereka yang memeluk Islam dijemput memberi pandangan tentang masalah yang dihadapi, saya mula terfikir mengenai tujuan forum berkenaan. Adalah jelas ia bertujuan untuk mengatakan apabila orang bukan Islam masuk Islam, ia akan ada masalah dan ini seolah-olah ingin menggambarkan memeluk Islam adalah satu kesalahan sedangkan ada ramai lagi yang memeluk Islam tetapi tidak ada masalah.

Namun malangnya Majlis Peguam tidak menjemput golongan yang tidak bermasalah tersebut walaupun mereka memahami bahawa dalam prinsip undang-undang, keadilan harus dilihat dilaksanakan.

Majlis Peguam tidak pernah berusaha untuk menunjukkan kebaikan mereka yang memeluk Islam. Kalau mereka mahu bertindak adil sepatutnya mereka jemput dua peserta yang berbeza iaitu seorang ada masalah apabila memeluk Islam dan seorang lagi tidak ada masalah. Oleh itu maksud sebenar majlis berkenaan mengadakan forum seumpama itu adalah untuk melakarkan bahawa memeluk Islam salah.

Apabila perkara seumpama itu ditimbulkan berkali-kali ia akan menimbulkan tafsiran bahawa tindakan memeluk Islam akan ada masalah. Ini agendanya. Ia akan menghalang orang bukan Islam daripada memeluk Islam. Inilah bahayanya jika kita membenarkan forum seumpama itu diadakan secara terbuka.

Di dalam forum itu mereka menjemput golongan yang memeluk Islam menghadapi masalah, adakah ia wajar?

ZAINUL RIJAL: Kita tidak kata semua orang yang memeluk Islam itu mempunyai niat yang baik. Kita tidak tahu niat orang. Mungkin ada satu dua kes yang dia hendak melarikan diri daripada undang-undang. Tetapi sebenarnya untuk kes seperti itu, orang berkenaan sendiri tidak faham undang-undang Islam kerana berpendapat apabila memeluk Islam dia tidak perlu membayar nafkah isteri dan anak-anaknya yang bukan Islam. Sedangkan jika ikut undang-undang Islam, tanggungjawab dia tidak terputus. Undang-undang Islam mempunyai mekanisme berhubung perkara itu.
Apakah mungkin tindakan orang Islam yang bercerai dengan mualaf menyebabkan Islam dilihat tidak adil?

ZAINUL RIJAL: Saya pernah cadangkan kepada pihak yang berkuasa bahawa sebelum kita hendak hukum orang yang mahu keluar daripada Islam, kita patut hukum orang Islam yang menyebabkan mualaf itu bertindak demikian.

Sebagai contoh, ada satu kes seorang wanita saudara baru bertunang dengan orang Islam. Belum sempat berkahwin mereka menjadi rakan kongsi dalam perniagaan bagaimanapun si lelaki meninggal dunia. Jadi wanita mualaf itu tidak boleh mewarisi harta yang ditinggalkan si mati kerana mereka baru bertunang. Walaupun ada insurans dan perniagaan, si wanita saudara baru ini tidak mendapat apa-apa kerana dihalang oleh keluarga lelaki. Padahal mereka tahu yang perniagaan diusahakan ialah secara bersama.

Malah dalam afidavit di mahkamah, keluarga lelaki itu menuduh wanita itu bukan Islam. Jadi wanita ini marah kerana dia memeluk Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Lalu wanita itu kata orang Islam hanya menunjukkan dia jalan keluar daripada Islam, tetapi orang bukan Islam termasuk keluarganya yang bukan Islam sanggup mengalu-alukannya kembali. Jadi dalam kes ini kalau wanita itu mahu kembali ke agama lamanya macam mana. Siapa yang salah? Tentulah orang Islam yang zalim kepada wanita itu yang salah. Sebab itu saya cadang sebelum ini jika ada kes macam ini kita hukum orang Islam berkenaan. Ertinya, kalau ada permohonan keluar Islam, kita siasat siapa orang Islam yang menyebabkan orang itu mahu keluar Islam. Kita tuduh dia di mahkamah kerana menyebabkan seseorang keluar Islam kerana seolah-olah orang itu reda kepada orang lain keluar Islam.

Dalam membincangkan masalah sensitif seperti soal memeluk Islam ini, benarkah hujah yang mengatakan tidak ada saluran lain untuk berbuat demikian selain forum terbuka?

ZAINUL RIJAL: Perkara-perkara sensitif seperti itu sudah banyak kali dibincangkan secara tertutup sebelum ini pun saya sudah menghadiri dialog tertutup yang bertajuk ‘dialog kehidupan’. Kami berbincang tidak ada masalah dan cuba memahami permasalahan yang ditimbulkan.

Dialog yang saya maksudkan ialah dialog antara agama dan bukannya seperti mana dilakukan oleh Majlis Peguam yang hanya menyaksikan pandangan satu pihak sahaja. Tindakan mereka seolah-olah menyuruh bukan Islam menunjukkan kepada orang Islam apa yang sepatutnya dilakukan jika ada orang memeluk Islam. Sedangkan dalam hukum Islam semua perkara itu sudah dinyatakan.

Begitu juga orang Islam, kalau kita hendak berdialog, kita tidak boleh mempertikaikan soal agama lain seperti tuhan mereka dan sebagainya. Apa yang boleh kita lakukan ialah menjelaskan sesuatu yang menimbulkan keraguan di kalangan bukan Islam mengenai Islam.

Atas sebab itulah kita tidak boleh menerima penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) kerana mereka yang bukan Islam pun boleh jadi pesuruhjaya di dalamnya dan boleh membuat keputusan untuk pihak Islam.

Bagaimana satu hari nanti IFC ini dapat aduan contohnya, solat Jumaat itu menyusahkan bukan Islam kerana menimbulkan kesesakan lalu lintas dan IFC membuat keputusan tidak perlu solat Jumaat. bolehkah orang Islam terima? Jadi semua pihak perlu memahami sempadan masing-masing dan bukannya melepasi sempadan berkenaan.

Bagaimana pula dengan pandangan sesetengah peguam Islam sendiri yang menegaskan forum ‘Memeluk Islam’ itu perlu dibenarkan kerana ia bertujuan membincangkan masalah yang timbul apabila salah seorang pasangan bukan Islam memeluk Islam?

ZAINUL RIJAL: Memang permasalahan itu diakui. Namun bolehkah forum itu menyelesaikannya? Yang boleh atasi adalah pihak berkuasa. Sebenarnya masalah-masalah yang dikatakan itu tidak akan wujud sekiranya mereka bersedia untuk ke Mahkamah Syariah. Isunya sekarang mereka tidak mahu. Jadi ini yang jadi masalahnya. Mahkamah Syariah mempunyai mekanisme untuk menentukan soal nafkah, hak penjagaan dan isu-isu lain yang timbul selepas seseorang memeluk Islam.

Kalau setakat anjur forum sampai 20 kali pun, masalah tak akan selesai. Sebab itu yang penting semua pihak mesti beri kerjasama dengan mahkamah. Beri keterangan apabila diminta. Jangan hanya pandai menyalak. Dalam banyak kes, orang bukan Islam enggan ke mahkamah syariah.

Apakah tindak tanduk Majlis Peguam menyinggung perasaan peguam Islam?

ZAINUL RIJAL: Ada kalangan peguam Islam yang bertanya tidakkah ada cara bagi membolehkan mereka keluar dari Majlis Peguam. Ini kerana kita tidak boleh menerima apa yang dilakukan Majlis Peguam khususnya penganjuran forum 9 Ogos lalu.

Tetapi masalahnya undang-undang kita hanya membenarkan satu sahaja Majlis Peguam. Kalau kita keluar Majlis Peguam, kita tak boleh jadi peguam pula kerana kita bukan di Britain yang ada beberapa badan statutori peguam.

Itulah dilema yang kita hadapi. Kalau diikutkan memang ramai yang hendak keluar kerana tidak sehaluan. Malah dalam hal ini peguam syarie pun sedang berjuang menubuhkan Majlis Peguam Syarie tetapi sehingga hari ini belum terlaksana lagi. Jika ia dapat diwujudkan ia setidak-tidaknya dapat mengimbangi pandangan Majlis Peguam walaupun ia hanya untuk peguam syarie.
Apakah nasihat kepada Majlis Peguam supaya mereka menjaga sensitiviti orang Melayu dan Islam?

ZAINUL RIJAL: Sensitiviti masyarakat paling utama. Kalau kita gagal memahami sensitiviti masyarakat, negara akan kucar-kacir. Justeru kena faham dan hormat budaya masyarakat Malaysia. Pada saya, Majlis Peguam boleh buat perbincangan secara tertutup termasuk adakan dialog untuk satu-satu isu.

Sebagai contoh hendak tentukan jenazah orang Islam, kita boleh duduk berbincang. Sebenarnya Mahkamah Syariah hendak pastikan yang orang itu Islam atau tidak pada saat kematiannya. Itu sahaja. Dalam kes yang digembar-gembur seperti kes Moorthy, masalahnya pihak keluarga bukan Islam tidak mahu pergi ke Mahkamah Syariah. Mereka abaikan sapina.

Jadi bagaimana mahkamah hendak buat keputusan yang adil tanpa keterangan daripada keluarga mangsa. Dalam kes Nyonya Tahir, seluruh keluarga tampil ke Mahkamah Syariah dan kemuka keterangan yang Nyonya Tahir tak pernah amalkan Islam. Jadi Mahkamah Syariah putuskan yang Nyonya Tahir bukan seorang Islam di saat kematian. Selesai masalah, ini cara yang paling baik. Tapi oleh kerana orang bukan Islam tak menghormati Mahkamah Syariah, ini jadinya.

Orang bukan Islam perlu faham hukum Islam bahawa adalah satu kesalahan atau dosa kepada orang Islam untuk kebumikan orang bukan Islam ikut cara Islam dan satu kesalahan juga biarkan orang Islam dikebumi cara bukan Islam. Bukan kita hendak rebut semua orang meninggal dunia. Cuma bila ada keterangan prima facie yang si mati pernah peluk Islam melalui perakuan, maka Mahkamah Syariah perlu tentukan sama ada di saat kematiannya, si mati itu Islam atau tidak. Maka bantulah beri keterangan kepada Mahkamah Syariah. Kalau si mati ada pergi ke gereja atau kuil, beritahu mahkamah. Dan jika ini berlaku, mahkamah puas hati yang memang betul si mati tidak Islam, mahkamah akan benarkan keluarga bukan Islam tuntut si mati. Tapi ini tidak berlaku dalam banyak kes cuma segelintir kes sahaja seperti Nyonya Tahir.

Di Selangor, ada juga kes di mana jabatan agama berjumpa keluarga si mati memaklumkan yang si mati telah memeluk Islam melalaui perakuan sijil. Walaupun mayat telah dimasukkan dalam keranda, namun keluarga si mati benarkan untuk mayat itu diuruskan mengikut Islam. Namun mereka letakkan syarat supaya majlis pengkebumian dapat dibenarkan keluarga yang bukan Islam hadir. Jabatan agama tidak mempunyai masalah. Keluarga bukan Islam dibenarkan lihat dari awal proses sehinggalah ke liang lahad. Tidak timbul masalah, keluarga si mati itu berpuas hati bagaimana jenazah itu disempurnakan dengan penuh hormat.

Apa yang menjadi masalah jika keluarga tidak mahu memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa Islam. Sepatutnya inilah yang perlu dilakukan oleh Majlis Peguam iaitu memberikan fahaman kepada bukan Islam. Tetapi malangnya mereka bertindak sebaliknya sehingga dilihat lebih gemar mencari keburukan Islam. Justeru Majlis Peguam seharusnya adil dalam memperkatakan soal Islam.

Satu tongkat, tiga zaman dan kisah merdeka 16 August, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

Dilulus terbit pada Saturday, August 16 @ 14:55:20 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh H Fansuri

 Kisah perjuangan Nabi Musa a.s sangat rapat di hati saya. Padanya ada beberapa fasa perjuangan. Dr Ali Shariati antara yang banyak menukilkan kisah-kisah perjuangan Musa menentang Firaun

Nabi Musa pernah berdialog dengan Nabi Muhammad s.a.w di dalam kisah Isra’ Mikraj tentang urusan mengurangkan jumlah solat daripada 50 kepada 5

Tanpa peranan Nabi Musa nescaya kita tentu saja terbeban dengan ur usan solat. Pada saat kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. diriwayatkan baginda sentiasa menyebut ‘umatku’ dan ‘solat’ secara berulang. Ertinya, peranan Musa a.s amat besar dalam ur usan solat ini.

Diriwayatkan juga bahawa ketika Nabi Muhammad hampir wafat, baginda menyebutkan suatu doa yang meminta agar baginda dapat berjumpa rakannya di langit. Kalangan orang Kristian mendakwa, doa ini menunjukkan bahawa baginda ingin bertemu Nabi Isa (Jesus Christ). Akhir-akhir ini saya yakin bahawa yang ingin ditemui baginda adalah Musa, iaitu saudaranya yang pernah berbincang mengenai hal pengurangan solat di langit.
“Dan bacakanlah (Hai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah insan pilihan, dan adalah ia seorang Rasul dan Nabi.”
(Maryam, 51)
Jika Nabi Musa membawa umatnya ke Laut Merah daripada buruan Fir’aun, maka hal ini juga mirip kepada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam kisah hijrah. Ringkasnya ada banyak persamaan yang boleh ditemui pada sosok Musa dan Muhammad ini.
Kembali kepada hal fasa perjuangan Musa a.s, maka saya bahagikan fasa perjuangan ini kepada tiga bahagian bermula dengan tongkat Nabi Musa a.s. Kenapakah perjuangan ini bermula daripada tongkat? Ini kerana, tongkat itu diterima selepas wujud peralihan baru dalam kehidupan Musa yang pernah berada dalam istana Fir’aun sebelum itu.
Tongkat itu adalah simbol ‘perjuangan’ Musa menyambung kehidupan dengan menternak kambing, sesuai dengan pekerjaan Rasulullah s.a.w sebelum diangkat menjadi nabi. Dan, yang paling penting, tongkat itulah yang disebut Tuhan dalam al-Qur’an.
Di dalam surah Taaha, dialog antara Musa a.s dan Allah s.w.t disebutkan sebagai berikut. (Taha adalah nama lain bagi Muhammad selain Yasin. Pada awal surah ini sudah pun ditunjukkan bagaimana Allah telah memperihalkan perjuangan Musa kepadanya)


[17] “Dan apa (benda) yang berada pada tangan kananmu itu wahai Musa?”

[18] Dia menjawab: “Inilah tongkatku; aku menggunanya semasa berjalan, aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu”.

[19] Allah berfirman: “Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!”

[20] Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.

[21] Allah berfirman: “Tangkaplah ia dan jangan takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.” (Taaha; 17 hingga 21)
Inilah pertunjukan yang pertama ke atas Nabi Musa guna meyakinkan baginda mengenai kekuasaanNya. Bukan saja tongkat, malah tangan Musa yang memegang tongkat itu juga turut diberikan Allah kekuatan mukjizat dengan tangan yang bersinar-sinar.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, mukjizat yang lebih kurang sama diberi kan ke atas baginda yang mirip kepada Musa; membelah bulan seperti mana Musa membelah lautan. Lihatlah pergerakan air laut pasang dan surut yang ada kaitannya dengan peredaran bulan.
Adapun kesan tangan Musa yang bersinar itu mengalir kepada tangan Muhammad s.a.w yang bersinar-sinar ketika membelah bulan. Ertinya, banyak persamaan antara Musa dan Nabi Muhammad s.a.w ini.

Bagaimanapun, kita boleh melanjutkan hal persamaan ini pada suatu bab yang lain. Yang menarik untuk direnung kan ialah hal tongkat Nabi Musa pada tiga zaman berbeza.
Tongkat baginda berperanan pada era penjajahan, pra-merdeka dan merdeka.

Zaman penjajahan

Berikut adalah dalil dan nas yang ditemui di dalam al-Qur’an berhubung hal tersebut.

Nabi Musa mula menetapkan masa bagi memerangi kekuatan ahli sihir yang diperalatkan oleh Fir’aun.

Nabi Musa berkata: “Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha” (Taaha, 59)

Nabi Musa mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata. (Asy-Syu’ara’ , 32)

Zaman pra-merdeka

Setelah berperanan pada zaman penjajahan Fir’aun, tongkat itu juga membawa Bani Israel merentasi Lautan Merah ketika Musa membelah lautan dengannya.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: “Hendaklah kau membawa hamba-hambaKu keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula kau takut tenggelam”. (Taha, 77)

Lalu Kami wahyukan kepada Musa: “Pukullah laut itu dengan tongkatmu”. (Setelah dipukul), maka terbelahlah laut (kepada beberapa bahagian), lalu tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.” (Asy-Syu’ara’ , 63)
Kalau tongkat itu berperanan membelah lautan maka apa peranan tongkat itu pada zaman seterusnya, iaitu zaman mengisi kemerdekaan?
Zaman merdeka

“Dan (ingatlah) ketika Musa meminta agar diberikan air untuk kaumnya, maka Kami berkata: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu,” (ia pun memukulnya), lalu terpancut dari batu itu 12 mata air; sesungguhnya setiap puak (antara mereka) telah mengetahui tempat minum. (Dan Kami berfirman): “Makan dan minumlah dari rezeki Allah, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.”
(Al-Baqarah, 60)


“Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi 12 suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya memohon air kepadanya: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Maka terpancarlah darinya 12 mata air. Tiap-tiap golongan (antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. “

Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka “Mann” dan “Salwa”. (Lalu Kami berfirman): “Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri. (Al-A’raaf, 160)
Peranan tongkat Musa a.s itu berakhir dengan sendirinya pada ketika Bani Israel merdeka daripada perhambaan Fir’aun. Khazanah itu semua mungkin tersimpan dalam peti Tabut yang menjadi rebutan anggota Freemason dan Knight Templar pada era berikutnya.
Kesimpulan

Daripada kisah ini, kita membuat banyak rumusan. Tapi, dalam tulisan kecil ini tidaklah boleh kita rangkumkan semuanya.
Pertama, asas pembinaan tamadun berawal daripada ‘tongkat’. Dan ia terus juga berfungsi pada setiap zaman, iaitu zaman dijajah, pra-merdeka dan merdeka sepenuhnya.
Bagi umat Nabi Muhammad, ‘tongkat’ mereka yang sebenarnya ialah pena atau tinta yang pernah disebutkan dengan jelas dalam al-Qur’an menerusi surah al-’Alaq.
[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)

[2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku

[3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah

[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan

[5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Barangkali, kerana faktor inilah yang menyebabkan sasterawan Usman Awang misalnya memilih nama pena ‘ Tongkat Wa rrant’ sebagai gantian kepada nama asalnya.
Seperti mana fungsi asal tongkat Musa a.s, tongkat (tinta pena) cendekiawan, ulama’ juga memainkan peranan mereka pada zaman penjajahan, pra-merdeka dan merdeka. Di dalam sirah menuntut merdeka, suratkhabar adalah saksi semua itu. Merekalah peneraju terawal sebelum wujudnya saf politikus kapitalis yang kononnya ‘berjuang’ melalui parti.
Maulana Muhammad Iqbal bermadah: “Bangsa-bangsa lahir daripada tangan penyair, dan mereka boleh jatuh dan bangun melalui sentuhan politikus.”
Bersempena kemerdekaan yang bakal menjelang, jangan dilupakan peranan kaum penulis dan wartawan yang telah lama berjuang menuntut kemerdekaan. Andainya Umno dan BN boleh dilihat sebagai ‘penjajah baru’, maka jangan dilupakan peranan wartawan berhaluan kiri sebagai teraju utama memerdekakan 5 buah negeri dan 1 wilayah kepada PR.
Tongkat, antara ‘keilmuan’ dan ‘kebendaan’

Tongkat yang asalnya berkait rapat dengan keilmuan mula dinilai sebagai hal yang terkait dengan kebendaan apabila politikus seperti Tun Dr Mahathir meminta Melayu jangan ada ‘minda bertongkat’, yang selalu mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan.
Di sini, dapat kita temukan dua watak perbezaan antara pemikir, penyair,
ilmuan, ulamak dan politik kapitalis itu. Rasuah politik dan politik wang telah dijadikan asas kepimpinan khasnya dalam Umno mutakhir ini.

Lazimnya, kita selalu berkata ‘orang buta kehilangan tongkat’ bagi menggambarkan orang yang tiada ilmu kehilangan guru, petunjuk dan hidayah. Tapi dalam kes Umno yang telah buta mata hati, ‘tongkat kebendaan’ itulah pula yang diinginkan guna menjolok kuasa.

12:32 p.m, 14 Ogos 2008
Sekolah Pemikiran Kg Baru
_

Kita Terlalu Hampir di Era Imam Mahadi & Dajjal.. 14 August, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
2 comments

Dilulus terbit pada Thursday, August 14 @ 22:32:46 MYT oleh reformis
Fikir Sejenak Oleh wonderpets

Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih ( Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?

Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.

Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.

Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang berbai�at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam, beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di seluruh dunia akan merudum dan berakhir.

Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak.

Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang suka melawan takdir.

artikel asal: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14350&mode=thread&order=0&thold=0

Apa akan jadi pendidikan kita? 10 August, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
add a comment

Oleh ibnukhuzaimah

Oleh : Faisal Idris

Semalam, ketika memberi ucapan di cermah umum di PJS 4, Kampung Medan, Anwar Ibrahim menyatakan betapa universiti-universiti di negara ini merudum teruk. Beliau menekankan antaranya ialah universiti nombor satu negara yang difahami umum, Universiti Malaya.

Dalam konteks ini, Anwar mengaitkan betapa teruknya kualiti Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia, Professor Nordin Kardi, yang menjadi panel bersama Shabery Chik lewat debat isu minyak tempuh hari.

Dalam bidasannya, Anwar mengejek kedangkalan dan cara berfikir Nordin Kardi. Antara minyak dan gas pun professor ini tidak memahami. Dalam pada itu ramai pendengar yang berteriak ” professor kangkung, professor kangkung”, disambut senyuman Anwar.

Selanjutnya Anwar mendedahkan Nordin Kardi selama sepuluh tahun kerjanya menanamkan sifat kebencian terhadapnya dalam siri kursus Biro Tatanegara ketika dia menjadi Pengarah BTN. Antaranya Nordin sentiasa menuduh Anwar ejen Yahudi dan pelbagai lagi tuduhan yang bertujuan menjatuhkannya.
Cara Nordin cuba memerangkap Anwar dengan soalan yang “low class” seolah cuba meletakkan minda Anwar serupa taraf dengan peserta BTN dari UMNO atau pelajar baru yang mendaftar tahun pertama. Ketika debat itu sedang berjalan dan ketika Nordin menyoal jelas sekali audien yang hadir tertoleh-toleh tanda kecewa.

Kini semuanya sudah terserlah. UUM mempunyai Naib Canselor yang memalukan para pelajarnya sendiri. Anak saudara penulis yang sudah tamat belajar di UUM menghempas botol coca-cola sambil mengeluarkan kata-kata yang tak patut disebut di sini akan bekas cikgunya, NC Nordin Kardi ketika menonton debat tersebut.

Persoalannya di sini, siapakah yang Nordin Kardi wakili dalam perdebatan isu minyak tempuh hari? Adakah ia mewakili dirinya sendiri? Adakah dia mewakili UMNO atau mewakili akademia? Adakah Nordin mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Pelajaran Tinggi?

Apapun, di akhir perdebatan kesimpulannya Nordin Kardi hanya berjaya “mengkeldaikan” dan memalukan komuniti akademia. Lebih parah lagi jika Nordin Kardi perasan bahawa dia mewakili para intelek se Malaya. Beberapa rakan akademia dari sebuah universiti di Shah Alam geleng kepala , “what a blunder, man”.. klik video.

Beberapa waktu yang lalu, Nordin Kardi berjaya mendapatkan perintah mahkamah terhadap Raja Petra Kamarudiin kerana sebuah artikel yang tersiar berikutan satu isu ciplak. Dalam tuntutannya, Nordin menganggap dirinya mewakili intelek Malaysia dalam samannya terhadap RPK.

Nordin berjaya mendapat hanya RM4 juta dari jumlah tuntutannya sejumlah RM80 juta. Itupun kerana tuntutan itu diberikan secara ‘default judgement’ kerana RPK tidak pernah hadir di mahkamah malahan ketika mendapat penghakiman, RPK tidak ambil pusing malah mengtongsampahkan surat itu.

Persoalannya, apakah begitu ciput nilai para intelek seluruh Malaysia ini?? Jika RM 4 juta dibahagikan kepada beratus malah beribu-ribu intelek di Malaysia ini, maka nilai seorang intelek di sini hanya boleh dinilai dengan duit rupiah, baharulah dapat dinilai beribu atau berjuta banyaknya!

Pastinya ramai intelek tidak bersetuju dengan tindakan Nordin Kardi kecuali intelek-intelek yang ada kalung/tags “Professor Kangkung” atau intelek intelek yang mencapai taraf ‘professorship’ di atas tatangan dan naungan politik UMNO/BN.

Nordin Kardi sememangnya lebih dikenali sebagai BTN. Apabila dia dipilih sebagai Naib Canselor UUM menggantikan Allahyarham Dr Fauzi Basri, agak sukar untuk difahami matlamat sebenar pemilihannya. Yang jelas, Nordin lebih dilihat sebagai penyambung atau pewaris cengkaman kuku besi di UUM. Samada dia berjaya mengumnokan siswa UUM tidaklah diketahui sangat. Bagaimanapun, gerakan pelajar menentang AUKU tidak pernah kendur malah semakin menyala. [Rang undang-undang pindaan AUKU akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang]

Sebagai contoh, tindakan keras mengekang siswa di UUM ialah dalam kes Rizal Mohd Anan yang menyaman UUM kerana menggantung pelajarannya selama 3 semester pada awal tahun 2000, hanya kerana terlibat dalam satu perdebatan. Mahkamah telah membuat keputusan yang memihak kepada siswa tersebut dengan penyelesaian RM70,000.

Tidak ketinggalan ahli akademia di UUM juga mendapat tekanan. Ketika syarat akujanji dipaksakan kepada ahli-ahli pendidikan, UUM adalah antara yang begitu keras dan tegas melaksanakanya. Bagaimanapun tidak semuanya setuju menerima syarat dan tekanan akujanji.

Terdapat seorang kakitangan akademik yang ditunjukkan “exit door’ kerana enggan menandatangani akujanji.

Daripada contoh-contoh di atas dan mengambil banyak contoh lain berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi awam di negara ini jelas bahawa perkembangan pendidikan tinggi Malaysia ke arah ‘world class’ terbantut sejak sekian lama. Antaranya kerana mengikut telunjuk kebejatan politik pimpinan sekarang, yang hanya mahukan tukang angguk dan tukang sokong “ngeh,ngeh”.

Kronik. Tindakan radikal dan berani untuk merubah pendidikan dirasakan amat perlu.

Seandainya tidak bagi Malaysia, sekurang-kurangnya negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat perlu menganjak paradigma baru, malah dalam tempuh lima tahun ini menampilkan kewajaran yang lebih tambah-nilainya. [Baca rencana bertajuk, mind schooling race untuk gambaran jelas akan senario ini].

Negeri-negeri Pakatan rakyat, perlu mendahului dan menunjukkan kepada umum bahawa pengekangan pendidikan tidak memberi kesan yang baik untuk mencapai jenerasi ‘e-knowledge’ yang berkualiti. Apatah lagi ketika dunia sedang mengharungi kepelbagaian liberisasi peringkat global.

Langkah pertama yang perlu ialah memberikan ruang kepada pendidikan untuk berkembang dengan lebih positif tanpa kekangan yang melampau dengan memberi ruang seluas mungkin kepada pakar-pakar akademia untuk berkarya dalam memajukan pendidikan.

Dengan kebebasan berkarya pastinya golongan akademia mampu menghasilkan produk-produk baru pendidikan yang mampu dijaja ke santero dunia. Maka baharulah kita boleh melolong dan melelong bahawa di sinilah wujudnya satu hub-pendidikan yang ‘world class’.

Ibarat besi semberani, seluruh mata dunia ditarik kesini. Anak Malaysia diluar negara pasti kembali ke sini. Bukan sedikit anak cerdik pandai Malaysia berada diluar, dan bukan sedikit yang ingin kembali ke negara tumpah darah.

Bagaimanapun, suasana yang tidak kondusif untuk mereka berkarya disini, tekanan-tekanan politik yang membabi buta membuatkan pintu hati mereka tertutup rapat.

Bagi mereka yang berada di sini pula besar kemungkinan hanya menjalankan tugas memenuhi syarat perkhidmatan dan mengambil jalan ‘non-confrontational’ dengan cara berdiam diri.

Seandainya terus-terusan begini, tidak hairan jika satu waktu nanti pendidikan tinggi negara ini akan terus merudum kerana dikuasai oleh “kangkung-kangkung” dan pemanas-pemanas kerusi empuk berhawa dingin yang sudah beku dan jumud kreativitinya.

Lebih dari itu, maka seruan-seruan untuk memertabatkan pendidikan akan hanya tinggal seruan dan cakap-cakap politik yang tidak terpakai dan beransur-ansur menjadi bohong. Paling tidak ia akan hanya menjadi album kenangan ketika pelancaran pelbagai program pemimpin bersama rakyat!

Akhirnya yang akan kerugian negara ini sendiri. Ia akan mengalami ‘brain drain’ dan mengimpot tenaga asing sama seperti sektor buruh dan ladang. Kesannya, esuk atau lusa kita akan meratapi kesilapan semalam apabila jenerasi baru meludah ke muka kita.

Keyakinan Anwar untuk mengangkat mertabat pendidikan negara ini sekiranya Pakatan Rakyat mengusai Putrajaya perlu di beri perhatian serius. Andaikata menjadi realiti bahawa Malaysia ini boleh menjadi hub-pendidikan bertaraf “world class”, perlukah kita bimbang bila negara kehabisan sumber petroleum?

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14160

AKUAN BERSUMPAH:SUATU PENERANGAN 7 August, 2008

Posted by ahmadmum in Akuan Bersumpah.
Tags: , , ,
add a comment

1. Akuan bersumpah atau Akuan berkanun merupakan pengakuan bersumpah yang kandungan faktanya diketahui benar oleh orang yang mengikrarkan dan dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 ( Pindaan 1969)


2. Seseorang yang mengikrarkan Akuan Bersumpah mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan dokumen berkenaan.


3. Mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah, atau tertakluk kepada Seksyen 4 akta Notari Awam 1959 ( Akta 115) adalah sah untuk mengambil dan menerimaAkuan Bersumpah daripada seseorang yang membuat akuan itu dengan sukarela dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris mengikut borang akuan.


4. Seseorang yang membuat apa-apa Akuan Bersumpah menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960, hendaklah membayar kepada pihak yang mengambil akuan itu sejumlah fee sebagaimanayang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.


5. Sekiranya akuan bersumpah yang dibuat didapati palsu setelah siasatan dijalankan, maka orang yang membuat Akuan Bersumpah itu boleh dihukum di bawah Seksyen 199 dan 200 kanun Keseksaaan.


6. Hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen tersebut adalah penjara maksimum 7 tahun dan denda.


7. Sekiranya Akuan Bersumpah digunakan untuk tujuan lain (selain daripada keterangan di mahkamah) orang yang membuat Akuan bersumpah itu boleh dipenjara tiga tahun dan denda.

BALA: http://www.malaysiakini.com/news/85556 http://msomelayu.blogspot.com/2008/07/akuan-bersumpah.html

RPK: http://www.zimbio.com/Kuala+Lumpur/articles/1382/Akuan+Bersumpah+Raja+Petra+RPK+Statutory+Declaration

DR OSMAN: http://mt.m2day.org/2008/content/view/10901/84/

THAGARAJOO: Najib: Muslim by birth, Hindu by practice

Komen Lord Azaab dalam blog DS Dr Khir Toyo 6 August, 2008

Posted by ahmadmum in Uncategorized.
2 comments

Oleh : Lord Azaab

Ini adalah komen saya didalam Blog Dato Seri Dr Khir Toyo di dalam artikel Permatang Pauh: Demi Agenda Anwar atau Rakyat? . Memandangkan komen saya pernah tidak disiarkan didalam blognya dulu, maka, kali ini saya mengambil keputusan untuk menyiarkannya di dalam blog saya ini juga.

——————————————————————————————–

Salam Dato Seri

Memang sudah dijangka akan permainan Umno, isu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh akan Umno gunakan sebagai alasan bahawa DSAI mahu twist kes liwatnya. Saya sebelum ini di dalam blog saya, saya ada menyebut bahawa, kes liwat ini sendiri sebenarnya adalah tektik Umno untuk menutup segala kecurangan dan kebobrokan mereka di dalam mentadbir negeri dan negara.

Saya rasa, isu twist pilihanraya kecil Permatang Pauh dan kes liwat Saiful Bukhari ini akan terus menjadi bahan ratib bagi Umno sehinggalah keputusan PRK itu di umumkan nanti.

Isu kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang, isu rasuah yang tak pernah padam, isu moral yang melibatkan para pemimpin negara dan banyak lagi pendedahan yang mengaibkan, nampaknya terus menghantui dan mengekori setiap langkah pemimpin bertunjangkan Umno.

Cukuplah seorang menteri yang gagal menjawap soalan dengan baik, dibantu pula oleh seorang Naib Canselor yang “wrong concept”, dimalukan oleh dihadapan jutaan penonton.

Itu belum lagi dengan kehadiran Badan Pencegah Rasuah di mesyuarat-mesyuarat Umno di banyak tempat. Isu politik wang yang tidak diistilahkan sebagai rasuah di dalam kamus politik Umno.

Perlu DS Dr Khir saya ingatkan sekali lagi, DSAI sudah lama berhasrat untuk bertanding di dalam pilihanraya.

Tindakan Umno melalui Pak Lah mempercepatkan PRU ke 12 baru-baru ini sebelum DSAI dibenarkan aktif memegang mana-mana jawatan politik adalah petanda bahawa betapa gerun dan takutnya Umno dan Barisan nasional kepada aura dan pengaruh yang di bawa oleh mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Jika tidak halnya, kenapa Barisan Nasional yang masih mempunyai mandat lebih setahun lagi itu tergesa-gesa untuk mengumumkan PRU lebih awal, sehinggakan Perdana Menteri sanggup berbohong kepada media tentang tarikh pembubaran parlimen. Sila rujuk 2 link dibawah yang saya ambil dari Utusan Malaysia itu untuk penilaian DS.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm

Seterusnya, kita berbalik semula kepada persoalan DS mengenai PRK Permatang Pauh, adakah agenda peribadi atau agenda rakyat?

Pertama sekali, saya ingin memberi tahu tentang momentum kepada kehendak rakyat terbanyak hari ini yang mahukan kepada perubahan di dalam tampuk penguasaan di dalam kerajaan. 5 negeri sudah menunjukkan hasil, termasuk Selangor.

Mungkin DS tidak menyedarinya tetapi itulah yang dapat DS rasakan sekarang, jawatan DS hari ini adalah 180 darjah berbeza dari jawatan DS sebelum 8 March lalu. Semua ini adalah momentum rakyat yang mahukan perubahan.

Anjakan yang telah dizahirkan oleh rakyat pada 8 March lalu kini semakin marak tanpa henti dan ia memerlukan klimak.

Klimak yang saya maksudkan disini ialah dengan pembentukan kerajaan baru yang bakal diterajui oleh DSAI.

Oleh itu, untuk membolehkan DSAI menerajui kerajaan baru, sudah pasti dirinya dahulu bergelar Ahli Parlimen yang terpilih oleh rakyat secara sah.

Isu kesusahan rakyat seolah-olah tidak menjadi ranking utama di dalam agenda Umno, harga bahan asas terus naik menggila tetapi pemimpin hidup membazir sini sana. Kegagalan kerajaan mengurangkan subsidi petrol amat memeritkan rakyat bawahan. Mungkin golongan yang menikmati elaun pencen sebagai bekas Menteri Besar tidak merasainya sangat, tetapi golongan bawahan seperti petani dan nelayan yang paling terkesan.

Hati mana tidak pedih, bila rakyat kais pagi makan pagi, tapi ada negeri yang dapat royalty, menteri besarnya beli Mercedes baru untuk kegunaan sendiri.

Tidak perlulah DS terangkan tentang kesan kenaikan minyak dunia kepada harga petrol dan subsidi negara. Rakyat sudah semakin paham dan ianya dapat dilihat dengan hasil yang diraih oleh kerajaan melalui keuntungan petronas yang berbilion-bilion itu. Ada juga baiknya DS mebaca artikel yang saya tulis di dalam link dibawah ini

http://lordazaab.wordpress.com/2008/07/19/beberapa-perkara-yang-saya-terpikir-mengenai-laporan-kewangan-petronas-untuk-tahun-kewangan-2008/

Saya karang khas untuk memahamkan diri saya bagaimana kesan minyak dan hasil kerajaan. Saya harap DS pun akan dapat memahaminya juga.

Memandangkan agenda rakyat yang dibawakan oleh DSAI lebih diterima berbanding agenda yang dibawa oleh Barisan Nasional, maka menjadi keperluan wajib kepada DSAI untuk bertanding.

Jadi, bagi saya, tidak perlulah DS mempersoalan agenda siapa yang menjadi pertaruhan DSAI bila dia mengambil keputusan untuk bertanding di kawasan isterinya itu. Kerana semuanya telah jelas dan terang, tidak perlu cahaya untuk bersuluh lagi.

Jikalau DS senang, jemputlah berkunjung ke blog saya di
http://lordazaab.wordpress.com

Wasalam.

p/s : artikel saya ini telah saya post di ruangan komen di dalam blog Dato Seri Dr Khir Toyo pada 5 Ogos 2008 jam 7.40am.

Di ambil dari blog asal: http://lordazaab.wordpress.com/2008/08/05/komen-saya-di-dalam-blog-ds-dr-khir-toyo

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.